Anugerah muzik paling berprestij tanah air iaitu Anugerah Juara Lagu sudah hampir ke kemuncak untuk edisi yang ke-34. Pentas fina; yang bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan pasti membuat penggemar muzik tanah air tertunggu-tunggu.

Sebanyak 12 lagu yang bakal dipertandingkan pada peringkat akhir nanti menampilkan barisan penyanyi-penyanyi tersohor tanah air. Pengumuman 12 lagu finalis yang bakal berentap telah diumumkan ketika minggu ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Siapa bakal juara untuk edisi kali ini?

Drama Band – Drama

https://www.youtube.com/watch?v=6TcEvqXe1uI

Lagu yang pernah mencetus kontroversi berkenaan dengan muzik videonya yang didakwa memerli beberapa artis dalam industri ini telah layak ke pringkat akhir. Komposer dan penulis lirik bagi lagu drama ini ialah Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, dan Nik Adib.

Aman RA – Bangun

https://www.youtube.com/watch?v=ZpW3zxVS92U

Salah seorang penyanyi RAP tersohor tanah air, Aman RA turut melayakkan diri ke pusingan akhir dengan lagu Bangun. Bait-baik lirik yang mengisahkan kehidupan budak flat ini ditulis sendiri oleh Aman RA dan komposer oleh Navigator.

Aina Abdul – Sumpah

https://www.youtube.com/watch?v=wZqT35AD1is

Penyanyi yang semakin meningkat naik ini berjaya meloloskan diri ke peringkat akhir dengan lagu Sumpah. Lirik dan komposer lagu ini dihasilkan sendiri oleh Aina Abdul pasti memukau hati pendengar.

Hafiz Suip – Kisah Cinta Kita

https://www.youtube.com/watch?v=TzQ_Um81s30

Bekas juara AJL yang ke 26 dan 28 ini sekali lagi berentap dalam peringkat akhir AJL34. Lirik lagu Kisah Cinta Kita ini ditulis oleh Datuk A. Aida manakala komposer lagu ini ialah Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali. Mampukah Hafiz Suib mencipta fenomena sekali lagi dengan muncul sebagai juara?

Naim Daniel – Sumpah

https://www.youtube.com/watch?v=1a29bD-Y2i8

Pelakon dan juga penyanyi ini dianggarkan mampu memberikan persaingan sengit di pentas final nanti. Lagu ini ditulis sendiri oleh Naim Daniel dan komposer dibantu oleh Omar K.

Ernie Zakri – Ku Bersuara

https://www.youtube.com/watch?v=XF9Hr1iREfU

Ernie Zakri penyanyi yang mempunyai vokal yang tinggi ini antara finalis yang layak ke peringkat akhir dengan lagu Ku Bersuara. Lagu ini dicipta penuh oleh Syamel, Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

Bob Yusof – Anta Permana

https://www.youtube.com/watch?v=0ilLb_h8GwI

Hadir sebagai penyanyi gantian Datuk Siti Nurhaliza, Bob Yusof turut melayakkan diri ke pusingan akhir dengan lagu Anta Permana. Hasil lagu ini dicipta penuh oleh penyanyi yang juga juara AJL33 iaitu Hael Husaini dan Ezra Kong.

Fairuz Misran – Ragamanmu

https://www.youtube.com/watch?v=WUiTBrEaUQU

Wajah mirip Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Fairuz Misran dikatakn satu pemilihan Faizal Tahir untuk menggantikan dirinya di pentas AJL. Lagu Ragaman ini dicipta oleh Faizal Tahir, Mike Chan dan Romeo. Manakala penulis liriknya ialah Faizal Tahir, Jaare Karim Karam dan Mike Chan.

Haqiem Rusli – Lembah Kesepian

https://www.youtube.com/watch?v=7rR8NecLR84

Penyanyi muda yang berbakat ini turut tercalon di pentas akhir AJL34. Lirik lagu Lembah Kesepian ini ditulis oleh Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran. Komposer bagi lagu ini pula ialah diri Haqiem sendiri.

Akim & The Majistret – Rampas

https://www.youtube.com/watch?v=oRgN964lWRg

Akim & The Majistret antara kumpulan yang berjaya menempah tiket ke final AJL34. Mempertaruhkan lagu Rampas, kumpulan ini bakal memberi saingan yang sangat sengit ketika persembahan final. Lagu ciptaan Hang Nadim dan Laq ini turut memberi fenomena. Lirik lagu ini pula ditulis oleh Bunga Canik.

Masdo – Dinda

https://www.youtube.com/watch?v=PYJNKG33xDY

Kumpulan indie yang mencipta fenomena dengan susunan muzik klasik ini turut berjaya mara ke peringkat akhir. Kumpulan kugiran Masdo ini membawa lagu Dinda ke pesada AJL34. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh vokalis kumpulan ini iaitu Ali Sariah ini membawa kelainan dalam pentas final nanti.

Hazama The Penglipurlara – Peneman

https://www.youtube.com/watch?v=-7hI5Xk2iFs

Penyanyi berpengalaman Hazama antara finalis AJL34. Lagu Peneman ciptaan sepenuhnya oleh Tam bakal memberi saingan yang sengit. Siapakah diantara 12 finalis ini yang bakal merangkul gelaran juara Anugarah Juara Lagu ke 34? Mari kita nantikan pada Februari tahun depan.

Sumber: TV9Malaysia