berita

Seniman Negara Hamid Gurkha Meninggal Dunia

June 14th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Pelawak lagenda, Hamid Gurkha, menghembuskan nafas terakhir pada usia 90 tahun akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, 2.19 petang ini.

Alami Tibi dan komplikasi lain

Memetik laporan Berita Harian, berita pemergian itu disahkan anak bongsunya, Nor Ashita Hamid. Nor berkata, doktor mengesahkan Hamid mempunyai penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

Kami reda atas pemergian arwah.

Allah lebih menyayangi arwah selepas enam hari dimasukkan ke hospital

Katanya, jenazah arwah masih berada di hospital untuk melalui beberapa prosedur.

Saya dan adik-beradik tak dapat menjangkakan bila pengebumian akan dilaksanakan.

Mungkin hari ini atau esok, tetapi kami berharap urusan pengebumian dapat dipercepatkan.

Terdahulu, Nor menafikan arwah dalam keadaan tenat hingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), dan arwah bapanya dalam keadaan stabil dan terkawal selepas dirawat akibat mengalami batuk teruk.

Hamid sebelum ini terlantar atas katil selepas diuji jangkitan COVID-19 pada Februari lalu, namun tidak mengalami penyakit kronik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan kian uzur pada usia 90 tahun.

Allahyarham mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978, kemudian terus mewarnai layar perak dengan gelagat lawaknya dalam adegan bas mini serta lumba sampan dalam longkang menerusi filem ‘Sikit Punya Gila’ bersama Dharma Harun dan Allahyarham Ibrahim Pendek pada 1982.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×