berita

‘Sentiasa Senyum Walaupun Masalah Datang’ – Ucapan Birthday Dari Nabila Huda Buat Suami Sweet Teruk!

August 28th, 2019 | by Amat
Lensa Insta

Pelakon berbakat, Nabila Huda antara artis yang gemar berkongsi mengenai kehidupan keluarganya di media sosial selain lantang memberi pendapat mengenai sesuatu isu. Boleh dikatakan pelakon Munafik ini sangat akrab dengan keluarga dan komited dengan kerja sehingga terlupa mengenai birthday suami tercinta.

Nabila Huda meluangkan sedikit waktu untuk mengucapkan kata-kata istimewa buat suami sempena hari ulang tahun kelahiran Izwan Johar. Memang sweet habislah ucapan Abil ni!

You’re my lifetime listener

Hey sayang. 1st of all saya mintak maaf sebab lambat wish your birthday cuz my hectic and chaos schedule sampai saya tak ada masa nak celebrate and buat apa-apa on your birthday and I feel so bad. Dear Mohd Izwan, like I always told you, you’re the sweetest husband and father that I ever had in my life. You’re my guardian angel. Tak mungkin ada sesiapa dalam dunia ni boleh layan kerenah saya macam awak. Tak ada siapa boleh layan bila saya grumpy or bila saya membebel, you’re the only person yang dengar tanpa berkata sepatah. You’re my lifetime listener.

Awak nyawa dan jiwa saya

Awaklah satu-satu nya manusia yang boleh handle degil saya. I don’t know how you do it but you made it. Bila saya nak apa, sedaya upaya awak akan dapatkan walaupun benda tu susah, walaupun awak tengah buat benda lain awak tinggalkan untuk saya. Tidak pernah sekali awak marah atau tinggikan suara dengan saya. Tidak pernah sekali awak sakitkan hati saya. Tidak pernah sekali awak paksa saya berubah.

Awak terima kekurangan saya dan awak terima saya seadanya. Awak lah orang paling penyabar yang pernah saya jumpa. Awak sentiasa senyum walaupun apa pun masalah yang datang. You always believe in me. You always there when I need you. Awak sentiasa sokong kerjaya saya. Awak la nyawa dan jiwa saya. Mustahil tanpa awak saya akan sebahagia ini. Awak lah senyum dan tawa saya setiap hari.

Seorang ayah yang penyayang

Everyday when I wake up in the morning, saya rasa bersyukur adanya awak kat sebelah saya. I fell in love with you every minutes every seconds, Everday! Perasaan tu sama macam hari pertama masa saya tengok awak dan saya tau awaklah orang yang akan jadi suami yang akan didik saya dan seorang ayah yang penyayang pada anak saya.

You’re more than anything in this world. No one can replace you. Setiap hari saya berdoa pada Allah swt bagi lebih masa untuk saya bersama dengan awak dan menikmati kebahagian ni sampai akhir nafas saya. Happy belated birthday my love.

Sumber: Nabila Huda

SKIP THIS AD ×