berita

Senyap Bukan Sebab Bergaduh, Kumpulan BOBOY Kembali Bersatu Selepas 20 Tahun Menyepi

March 18th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pernah mencetuskan fenomena sekitar awal tahun 2000, kumpulan Boboy akhirnya bersatu kembali dalam Konsert Minggu Ini (KMI) terbitan sebuah siaran televisyen tempatan. Hampir 20 tidak mengadakan persembahan pentas bersama, kemunculan kumpulan ini pasti dinanti-nantikan oleh semua peminat mereka.

Kali terakhir 2002

Menerusi laporan Harian Metro, penyanyi kumpulan tersebut iaitu Naqiu memberitahu kali terakhir mereka muncul bersama di TV adalah menerusi program Hiburan Minggu Ini pada tahun 2002.

Jika diikutkan sebelum saya muncul di Gegar Vaganza (GV) lagi, ramai peminat yang bertanya bila kami akan kembali menghasilkan lagu baru. Walaupun sudah lebih 15 tahun kami menyepi, rupanya ramai peminat masih menanti dan berharap untuk kami kembali.

Alhamdulillah hubungan yang dibina lebih dua dekad masih baik dan kami saling berhubung antara satu sama lain walaupun semua sudah membawa haluan sendiri dan membina kehidupan masing-masing. Jadi perancangan untuk kembali bersatu tidak sukar dan berjalan dengan lancar.

Senyap bukan sebab pergaduhan

Disoal kenapa kumpulan Boboy memilih untuk menyepi pada zaman kegemilangan, Naqiu menjelaskan Boboy lenyap bukan disebabkan pergaduhan antara ahli kumpulan sebaliknya krisis berlaku hanya berpunca dengan dirinya sendiri.

Kami tidak bergaduh, tapi lebih kepada krisis saya dengan diri sendiri ketika itu sehingga saya ambil keputusan untuk tidak aktif menyanyi. Jadi, apabila mereka lihat saya sudah tidak mahu aktif, ahli lain pun turut ambil keputusan untuk tidak aktif. Jadi, masing-masing pun carilah karier lain dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Bagi mereka, untuk apa nak teruskan perjalanan muzik ini kalau saya memilih untuk tidak mahu aktif lagi.

Namun, apa yang buatkan saya lebih sedih dan hormat kepada abang-abang saya ini adalah sepanjang Boboy tiada, mereka tidak pernah terfikir untuk tubuhkan band lain dan tak main muzik selain dengan saya. Mengenangkan pengorbanan dan semangat abang-abang saya inilah yang membuatkan saya mahu melakukan sesuatu dan mahu menghidupkan kembali kumpulan Boboy.

Selain Naqiu, Boboy turut dianggotai Shah, Muz, Didi dan Dzul. Antara lagu mereka yang pernah mendapat sambutan adalah Episod Cinta dan Demi Masa.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×