berita

‘Seorang Peguam Yang Terlibat Jadi Dalang Disebalik Komplot Ini’ – Latheefa Koya

January 14th, 2020 | by Amat
Isu & Kontroversi

Pendedahan klip audio oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menimbulkan ketidakselesaan beberapa pihak. Tindakan yang telah dibuat Latheefa Koya dengan mendedahkan 9 rakaman itu kepada umum didakwa melanggar undang-undang negara.

Bagaimanapun, Ketua SPRM itu perlu hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan atas tindakan mendedahkan rakaman tersebut di sidang media tempoh hari.

Dipanggil untuk memberi keterangan

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata Latheefa dipanggil untuk memberi keterangan berhubung rakaman audio yang didedahkan SPRM.

Selain Latheefa Koya, terdapat beberapa individu lain yang terlibat turut dipanggil untuk memberi laporan berkaitan pendedahan rakaman audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat melibatkan bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Dzulkifli Ahmad.

Akan teruskan tugas ini

Sementara itu, Latheefa Koya mempercayai wujud komplot jenayah bagi memalsu dan mengedar bahan bertujuan mencalar reputasinya. Pihak SPRM turut mempercayai seorang peguam yang terlibat menjadi dalang dan akan menyerahkan bukti-butik kepada pihak polis.

Pada 8 Januari lalu, saya mengadakan sidang media selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM dan mendedahkan demi kepentingan awam, rakaman audio beberapa perbualan telefon tertentu. Kini saya dapat tahu bahawa sebagai reaksi kepada pendedahan berkenaan, satu komplot jenayah dimulakan untuk mereka memalsu dan mengedar material bertujuan untuk mencalar reputasi peribadi saya.

Kami percaya seorang peguam antara yang terbabit menjadi dalang di sebalik komplot ini, justeru laporan polis bakal dibuat dan bukti diserahkan pagi esok. Saya akan terus melaksanakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Masyarakat umum meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap SPRM untuk membersihkan negara ini dari gejala rasuah.

Saya bercadang untuk meneruskan tugas ini, walau apapun serangan peribadi atau ugutan dibuat ke atas saya, kini atau dalam masa akan datang.

Sumber: BH Online, Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×