berita

Sepanjang 16 Tahun Tak Pernah Lewat ‘Call Time’, Fasha Sandha Percaya Disiplin Kunci Kekal Relevan

January 19th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pejam celik pejam celik sudah 16 tahun pelakon Fasha Sandha berada di persada seni. Biarpun makin hari industri lakonan dipenuhi dengan pendatang baru, Fasha masih relevan untuk memegang watak utama sebaris dengan nama-nama besar.

Kisah disiplinnya termasuk menghormati waktu dengan tiba lebih awal ke lokasi tertentu atau set penggambaran juga bukan perkara asing.

Artikel Berkaitan: Selesa Jalankan Rutin Kehidupan Secara Sederhana, Fasha & Suami Tak Suka Tayang Kebahagiaan Di Media Sosial

Bangun awal pagi kunci kejayaan

Ketika ditemui OhBulan!, Fasha, 38, berkata dia percaya disiplin dan komitmen menjadi kunci kepada segala-galanya termasuk rahsia mampu bertahan hingga kini.

Menurut Fasha, dia merupakan ‘morning person’ jadi rutin hidupnya bermula sesudah solat Subuh setiap hari.

Sejak 16 tahun lalu saya memang jenis senang bangun pagi untuk memulakan rutin sebagai ibu, isteri dan anak seni.

Saya selalu cakap dekat artis baru, yang lama kelamaan kita akan jadi ‘lama’. Itu putaran hidup. Cuma kalau tak bagus tak apa, berusaha memperbaiki kelemahan dan jaga benda yang boleh dijaga contohnya disiplin dan komitmen kerja.

Dua hal itu saya tak boleh berkompromi. Insya-Allah ada jalan dan rezekinya. Pada masa sama kita terus gilap bakat dan sentiasa belajar. Tahap sekarang pun populariti yang saya fikir. Kalau ada… bonus.

Fasha ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta atau pengguna setia produk vitamin C Gebu Glow keluaran Wawawien Beaute di Colony By KLCC pada Isnin.

Lebih 15 produk lamar jadi duta

Dalam pada itu, pelakon drama Semua Salahku mendedahkan dia bukan sembarangan orang yang mudah dalam menerima kerja ulasan produk (review).

Kata isteri kepada aktor Aidil Aziz, dia menerima pelawaan Wawawien Beaute kerana tersentuh hati melihat kesusahan dan pergelutan dilalui pengasas produk berkenaan hingga mahu membantu golongan ibu, suri rumah dan bekerjaya.

Macam jodoh saya dengan produk vitamin C ini pun bermula ketika menjayakan kempen tiga bulan sejak Oktober tahun lalu untuk mencuba dan merasai keberkesanannya.

Rezeki berpihak kepada saya sejak Disember tahun lalu kerana dilamar sebagai duta atau pengguna setia selama setahun. Malah wajah saya juga sudah terpampang di billboard seluruh Malaysia sepanjang lebuh raya.

Hati dan naluri saya sebagai wanita serta ibu mudah rapuh dalam hal ini. Saya faham kesusahan golongan wanita dan ibu di era pandemik COVID-19 ini. Ada yang terputus rezeki dan hilang kerja. Mereka ingin bantu golongan itu bangkit dan berjaya

Wawawien Beaute diusahakan oleh dua beradik yang berasal dari Kedah iaitu Maizatulnazwa Mohd Zulkifli (Wawa) dan adiknya, Nurul Nazwin Mohd Zulkifli (Awien).

Serentak dengan pengumuman Fasha sebagai duta, Wawawien Beaute hadirkan set edisi terhad Fasha Box Gebu Glow menggabungkan perisa kegemarannya blackcurrant dan strawberi dalam satu sachet.

SKIP THIS AD ×