berita

‘Sepatutnya Saya Nak Beri Markah Kosong, Tak Nak Cakap Dia Pekak Nada’ – Ajai

August 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Nama komposer terkenal iaitu Ajai mula menjadi trending di laman Twitter apabila kritikannya dianggap ‘berbisa’ dan keterlaluan terhadap nyanyian Dr Hafiz Zainal di sebuah rancangan realiti Big Stage.

Artikel berkaitan: ‘Ataupun Awak Pengsan Lagi Best’ – Kritikan ‘Pedas’ Ajai Dalam Big Stage 2020 Undang Kontroversi

Terbaru, Ajai mengulas mengenai markah yang diberikan kepada Hafiz Zainal ketika konsert pertama semalam.

Pekak nada

Sepatutnya saya nak beri markah 0 kerana pada saya itu sudah melihatkan ABRSM, satu ujian pendengaran muzik. Kalau kita pergi exam tu, salah sikit je katakan out of tune, anda akan gagal semuanya.  Apa yang saya nak tunjukkan di sini adalah cara yang betul kita adili dalam nyanyian.

Saya taknak cakap dia pekak nada sebab kadang-kadang ketakutan atas pentas membuatkan kita habis semua. Jadi, too bad benda tu terjadi pada dia hari ini. Mungkin minggu depan dia akan belajar. Why not dari zero kepada hero?

Menurut Ajai, Hafiz Zainal sepatutnya mendapat markah kosong kerana menyanyikan lagu ‘Fly Me To The Moon’ dengan sumbang ketika konsert pertama. Tambahnya, dia melihat perkara itu lebih kepada pekak nada dan ia memberi masalah yang besar kepada seseorang penyanyi.

Boleh menjadi semangat

Jangan jadikan markah kosong tu sebagai benda yang boleh menjatuhkan kerana ia boleh menjadi pemberi semangat pada dia dan saya nak tengok betul tak dia bukan pekak nada minggu depan. Saya tahu orang akan benci pada saya tapi saya tak peduli. Yang bercakap-cakap tu mungkin peminat setia tetapi tugas saya adalah untuk memperbaiki penyanyi-penyanyi yang anda semua suka ni untuk dia menjadi betul.

Tambah Ajai, dia tidak kisah jika netizen akan membencinya kerana niat asalnya adalah untuk memberikan ilmu yang betul kepada semua peserta.

I’m okay

Di Twitter, Dr Hafiz memuat naik tweet yang menyatakan dia berada dalam keadaan baik dan akan kembali bersemangat untuk minggu-minggu seterusnya.

Sumber: Astro Gempak & Dr Hafiz Zainal

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×