berita

Serikan Raya Bersama Fair & Lovely

July 11th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Screen Shot 2013-07-10 at 15.15.23

Sedar tak sedar rupanya seluruh umat Islam dah memasuki bulan Ramadhan. Kebiasaannya, dalam bulan ini ramai yang sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut Aidilfitri seperti membuat kuih raya, menjahit baju raya, tak kurang juga yang mencantikkan diri supaya kelihatan menawan di hari mulia nanti.

Tahukah anda impian untuk memiliki kulit cantik berseri di pagi raya bukanlah mimpi lagi? Ini kerana produk penjagaan wajah Fair & Lovely bakal menjadikan impian anda satu realiti melalui peraduan Serikan Raya Bersama Fair & Lovely.

Screen Shot 2013-07-10 at 15.15.07

Caranya cukup mudah. Anda hanya perlu membeli produk Fair & Lovely yang bernilai sekurang-kurangnya RM15 termasuk pembersih muka. Rekod cerita anda dalam tempoh 30 saat tentang bagaimana anda ingin berubah untuk meningkatkan hidup anda sempena Hari Raya ini.

Langkah seterusnya ialah muat naik video anda ke laman Facebook Fair & Lovely dan dapatkan “Like” sebanyak mungkin untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Screen Shot 2013-07-10 at 13.35.23

Untuk pengetahuan anda, terdapat 10x Hadiah Utama untuk dimenangi yang bernilai sehingga RM50,000. Tambah menarik lagi, setiap pemenang boleh membawa 10 orang rakan untuk menikmati rawatan muka dan makeover ekslusif di Mobil Fair & Lovely selain memenangi hamper dan 10x telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Ace Plus.

Samsung_Galaxy_Ace_Plus

Manakala hadiah saguhati pula akan diberikan kepada 50 pemenang berupa hamper Fair & Lovely yang bernilai sehingga RM5,000.

Jom kongsikan azam baru sempena Hari Raya dan menangi hadiah lumayan untuk menyerikan lagi suasana Aidilfitri anda nanti. Bagi yang berminat untuk menyertai, sila klik laman Facebook Fair & Lovely untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peraduan ini. Selamat mencuba!

SKIP THIS AD ×