berita

Sering Diganggu Peminat Perempuan & ‘Sh*male’, Fuad Rahman Minta Netizen Hormat Tom – ‘Isteri Saya Boleh Baca, Dia Mengandung’

January 31st, 2024 | by Alia
Kini Trending

fuad diganggu

Penyanyi, Fuad Rahman mendedahkan dia sering diganggu oleh kaum hawa dan golongan transgender di media sosial.

Artikel Berkaitan: Fuad Rahman Larang Tom Bernyanyi Di Kelab Malam Selepas Kahwin – ‘Lebih Baik Tak Terlibat, Saya Boleh Tanggung Dia & Anak-Anak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Yang Bertatu Belum Tentu Jahat..’ – Netizen Kagum Fuad Rahman Mengalunkan Ayat Suci Al-Quran

Tom sarat hamil

fuad diganggu

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), penyanyi berasal dari Singapura itu meluahkan rasa kurang selesa terhadap tindakan pengikutnya itu.

Dalam masa yang sama, dia juga memohon kepada mereka untuk menghormati isterinya Tom yang kini sedang sarat hamil.

Perempuan atau ‘shemale’ berhenti la DM saya, taip macam-macam. Isteri saya boleh baca, dia mengandung. Nak minat boleh tapi jangan mesej yang tak sepatutnya.

Tolonglah hormati keluarga baru saya.

Sementara itu, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram turut memberikan respon terhadap perkara tersebut.

Tak apa la sayang, lebih-lebih nanti saya pula yang mesej laki dia orang. Apa ada hal.

Sekadar info, sebelum pasangan ini berkahwin pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia, mereka pernah menjalinkan hubungan sekitar tahun 2005.

Bagaimanapun, percintaan mereka terputus pada tahun 2010, setelah Fuad dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.

Mereka kembali bersatu selepas kedua-duanya menyertai program Gegar Vaganza 9.

Sumber: IG Fuad Rahman & IG Tom

SKIP THIS AD ×