
Pelakon, Zizie Izette mendedahkan dirinya sebenarnya seorang yang ceria walaupun raut wajahnya secara semula jadi sering membuatkannya kelihatan serius.
Artikel Berkaitan: Zizie Izette Jarang Kongsi Kisah Peribadi, Lebih Selesa Jaga Privasi – ‘Mungkin Lepas Ini Saya Akan..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Anak-Anak Adalah Segalanya Buat Saya, Semua Yang Saya Lakukan Hanya Untuk Mereka’ – Zizie Izette
Muka sombong
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 48, mempersoalkan sama ada raut wajahnya membuatkan dirinya kelihatan sombong pada pandangan orang ramai.
Kata Zizie, walaupun raut wajahnya sering kelihatan serius atau dikenali sebagai Resting Bitch Face (RBF), hatinya sebenarnya penuh dengan keceriaan ibarat taman bunga.
Betul ke muka saya sombong? Sumpah, dalam hati saya ada taman bunga yang ceria dan berwarna warni.
Cuma perlu disapa saja. Kalau tak memang naturally saya ada RBF (Resting Bitch Face).
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian orang ramai dengan rata-rata tampil meninggalkan komen mengenai raut wajah Zizie yang sering disalah anggap serius dan sombong.
Komen netizen
Sumber: Threads