berita

‘Seronok, Mahu Ke Sana Nanti’ – Shamsul Ghau Ghau Kongsi Arwah Ada Luah Hasrat Mahu Ke Mekah

February 10th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Awal pagi ini, Abam dari kumpulan Bocey dilaporkan meninggal dunia selepas mengadu demam dan kurang sihat sejak dua hari lalu. Isteri, Nor Hidayah cuba mengejutnya bangun Subuh namun tiada tindak balas darinya.

Rakan selebriti, Shamsul Ghau Ghau yang turut berkhidmat sebagai petugas bagi membantu jemaah haji di Mekah mengucapkan ucapan takziah kepada arwah. Katanya, arwah ada meninggalkan komen mahu menjejakkan kaki ke tanah suci nanti.

‘Nak ke sana nanti’

Innalillahiwainnailaihirrajiun
Minggu lepas @abam_bocik respons Pak Su di Makkah.
Pak Su dah Doakan utk Abam.
Allah Lebih Sayangkan Abam.
Tenang lah Abam di sana.

Sebak mendengar khabar duka tersebut, Shamsul Ghau Ghau yang kini berada di Madinah mendoakan Abam semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya.

Ada hasrat bawa anak isteri?

Seakan masih terasa kehadiran arwah yang menceriakan ramai orang, netizen mendoakan semoga arwah berada dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber : Shamsul Ghau Ghau

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×