berita

Seronok Pula Buli Anak Orang…

April 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Sebelum ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang gadis telah dibuli oleh tiga gadis yang lain. Menerusi video yang berdurasi 40 saat itu, gadis berkenaan telah dipukul, ditolak dan disepak berkali-kali oleh pembuli itu.

Video tersebut bagaimananpun membangkitkan amarah dalam kalangan netizen dan timbul persoalan motif di sebalik kejadian itu.

Polis sedang mengesan

Foto: Tangkap layar video

Susulan daripada pergaduhan tersebut, lapor Harian Metro, pihak polis sedang mencari dua gadis berkenaan bagi membantu siasatan. Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada mangsa.

Kami dimaklumkan ia berlaku di daerah ini namun sehingga kini kami belum menerima laporan. Mangsa juga masih belum dikenal pasti dan sedang usaha untuk mengesan kesemua mereka yang terbabit.

Jelasnya lagi, sekiranya kejadian tersebut berlaku di daerah tersebut, pihaknya akan menjalankan siasatan walaupun tidak menerima laporan.

Kita akan buat laporan maklumat awal dan jalankan siasatan seperti biasa walaupun tiada laporan diterima.

Jika dilihat dalam video tersebut, mangsa sama sekali tidak melawan malahan menerusi audio rakaman, difahamkan video tersebut sama sekali tidak akan disebar namun hanya berniat sebagai ugutan sahaja.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×