berita

Serpihan Roket China Dijangka Terhempas Ke Bumi, Boleh Tengok Lokasi Terkini Secara Live

May 7th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebuah roket yang dilancarkan oleh China, dilaporkan gagal dikawal dan dijangka terhempas ke Bumi pada hujung minggu ini.

Menerusi laporan The Washington Post, roket Long March 5B yang dilancarkan pada Khamis lalu sepatutnya sudah melakukan pendaratan di Bumi. Namun, pegawai agensi angkasa lepas China dikatakan hilang kawalan terhadap roket tersebut.

Bimbang serpihan jatuh

Menurut pandangan beberapa pakar, mereka bimbang mengenai serpihan kapal angkasa tersebut seandainya terjatuh di kawasan penempatan penduduk. Jelas seorang ahli astronomi, roket tersebut melintasi Bumi lebih jauh ke utara seperti New York, Madrid dan Beijing serta bahagian selatan seperti selatan Chile dan Wellington, New Zealand.

Ini petanda yang tidak baik. Sebelum ini, roket Long March 5B pernah dilancarkan dan akhirnya serpihan kapal angkasa itu jatuh sehingga merosakkan beberapa bangunan di Ivory Coast. Meskipun kebanyakan serpihan roket itu sudah terbakar namun batang-batang logam besar jatuh ke atas bangunan itu, nasib baik tiada sesiapa yang cedera.

Oleh itu, serpihan daripada roket seberat 21 tan itu boleh jatuh di mana-mana sahaja dalam lingkungan kawasan terbabit. Berdasarkan pengesan satelit, roket itu bergerak pada kelajuan lebih 6.43 kilometer per saat.

Membawa modul pertama

https://www.youtube.com/watch?v=29HGFep3Zek

Buat pengetahuan korang, Roket Long March 5B ini dilancarkan pada minggu lalu dan dilaporkan membawa modul pertama stesen angkasa lepas kekal China. Beijing juga telah merancang untuk melancarkan sekurang-kurangnya 10 misi yang sama dan membawa lebih banyak modul sebelum stesen angkasa lepas Tiangong siap dibina pada tahun depan.

Sumber: The Washington Post

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×