berita

Seru Hantu Kak Limah, Kenapa Mas Idayu Gelar Protege Hafiz Macam King-Kong?

December 3rd, 2018 | by faris
Shout Out!

Saingan Mentor 7 makin sengit apabila protege masing-masing tidak mahu kalah menunjukkan kehebatan masing-masing di pentas cabaran untuk minggu kelima, semalam.

Masih mengekalkan prestasi cemerlang adalah Pasya, protege Aizat yang sekali lagi mendapat standing ovation daripada Mas Idayu. Siap jamin akan sampai final lagi! Tapi ada juga menerima kritikan pedas dari mummy, kenapa agaknya?

Postur badan banyak bongkok, Azmirul dikritik

Protege Hafiz, Azmirul menggegarkan pentas dengan versi tersendiri lagu Farhana nyanyian asal Jinbara. Kelainan menampilkan konsep filem Rock Ooo dan Hantu Kak Limah diterjemahkan dengan pakaian Azmirul selain kemunculan Hantu Kak Limah yang turut sama menari.

Bagaimanapun Mas Idayu menyifatkan Azmirul masih kelihatan canggung di pentas. Malahan apa yang dipentaskan juga menurut juri tetap ini tidak ‘sampai’. Postur tubuh Azmirul yang banyak membongkok membuatkan mummy melabelnya seperti king-kong!

Zaaim kekal persembahan terbaik

Masih mengekalkan momentum minggu lepas, Zaaim sekali lagi diangkat sebagai persembahan terbaik. Dia juga turut mengulangi memikat hati juri sehingga mummy sendiri membuat standing ovation untuknya setelah habis persembahan. Memang bukan biasa-biasa!

Zaaim pikat hati juri, penonton

Anak didik Hafiz, Amal terpaksa akur kepada keputusan juri dan penonton setelah hanya meraih 49 markah. Turut berada di 2 tangga tercorot adalah Lazarul.

Buat anda yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung Mentor 7 di rumah, anda juga boleh saksikan menerusi portal tonton www.tonton.com.my. Saksikan juga aktiviti protege kegemaran anda di Jurnal Mentor setiap hari Ahad, jam 6.00 petang. Gunakan hashtag #Mentor7 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial anda.

Jangan lupa hantar undian anda di laman web www.xtra.com.my untuk menyokong peserta kegemaran pada setiap minggu. Siapa agaknya akan bergelar Juara Mentor musim ke 7 ini?

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×