berita

‘Sesuai Dengan Awak Dik’ – Main Filter TikTok, Ayda Jebat Terhibur Fyna Jebat Dapat Watak Penyondol

March 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Ramai warganet geli hati melihat gelagat penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat bersama-sama adiknya Fyna Jebat yang bermain ‘filter’ Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) di TikTok.

Artikel Berkaitan: Fyna Jebat & Madu Akhirnya Berdamai, Tak Mahu Panjangkan Kes Tarik Rambut

Artikel Berkaitan: ‘Suami Beri Kebenaran Untuk Saya Kembali Menyanyi’ – Fyna Jebat Mahu Perbaiki Diri, Cekal Terima Cemuhan Netizen

Berdekah ketawa

Naib juara program realiti Famili Duo TV3 itu meluangkan masa bersama dengan bermain ‘filter muka kau sesuai berlakon watak?’Kemudian, kedua-duanya ketawa besar apabila melihat keputusan ‘filter’ tersebut yang memaparkan mereka mendapat watak lakonan sebagai ‘penyondol’.

Pelantun lagu Temberang itu hanya mampu ketawa dan berseloroh dengan mengatakan adiknya sangat padan dengan watak tersebut.

Watak ini sesuai sangat untuk awak dik.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Nabil Mahir ini juga sambil bergurau sempat menyatakan agar suaminya tidak diganggu dengan orang ketiga.

Jangan sondol suami saya sudah.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet turut terhibur dengan gurauan adik beradik itu dan bersetuju dengan Ayda yang mengaitkan ‘filter’ tersebut dengan kehidupan peribadi adiknya.

Tak sangka betul lah. Ayda pun sembur macam tu je dekat adik dia, kelakar la diaorang ini.

Ayda ni bagus tak ada pun nak cover adik dia, lawak sangat! Semoga yang baik-baik sahaja untuk Fyna.

Macam tu je kakak dia komen dekat dia.

@tv3malaysia

Ehh alamak ! Opss komen yang baik baik sajo okay… ?? ?? Tonton Anugerah Drama Sangat, 12 Mac, Ahad, 9 malam di TV3 dan Strim Live HD di Tonton! #AAnugerahDramaSangatLagiDramaLagiRasaDramaSangat #TV3Malaysia

? original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

Sumber: TV3Malaysia

SKIP THIS AD ×