Penyanyi, Fyna Jebat mengakui segala kontroversi yang berlaku sejak belakangan ini mendidiknya untuk bersabar dalam menempuh ujian serta mahu memperbaiki diri.
Artikel berkaitan: Fyna Jebat Kunci Mulut Isu Pertelingkahan Dengan Madu, Serah Segalanya Kepada Pihak Berwajib
Artikel berkaitan: Didakwa Kahwin Tanpa Pengetahuan & Berang Disindir Punca 2 Isteri Jurulatih Tarik Rambut
Artikel berkaitan: ‘Saya Sibuk, Hubungi Esok Lusa’ – Zainal Abidin Belum Bersedia Beri Kenyataan
Artikel berkaitan: Isteri-Isteri Bekas Jurulatih Bola Sepak Bergaduh Di Restoran
Ambil komen untuk perbaiki diri
Menurut Fyna atau nama sebenarnya Nur Shafina Jebat, dia menerima segala cemuhan dan kritikan netizen dan ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Saya tahu banyak komen negatif dan ada juga positif yang diberikan kepada saya. Ada yang baik, ada yang buruk. Secara peribadi, apa yang baik saya terima dan apa yang tak baik pun saya terima supaya saya dapat memperbaiki diri.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan saya. Saya pun mendoakan yang terbaik kepada mereka semua di luar sana.
Disoal mengenai sokongan ahli keluarga terhadap karier nyanyian, Fyna meluahkan rasa syukur menerima dorongan yang tak terhingga daripada ahli keluarganya.
Ujar Fyna, suaminya tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau menghalangnya untuk kembali bergiat aktif dalam bidang nyanyian.
Alhamdulillah, baik dari keluarga, suami, peminat dan semua yang mengenali saya, mereka sangat menyokong untuk saya kembali aktif menyanyi semula. Suami memang beri saya kebenaran untuk kembali menyanyi sebab dia tahu minat saya memang menyanyi.
Dia pun tiada letakkan sebarang syarat kepada saya. Dia sokong sahaja apa yang saya buat. Asalkan mana yang terbaik untuk saya, dia baik-baik sahaja.