berita

Setahun Tak Tinggal Sebumbung, Youtuber Terkenal Ria Ricis Fail Cerai, Tuntut Nafkah Anak

February 1st, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Hubungan rumah tangga pasangan pempengaruh media sosial Indonesia iaitu Ria Ricis dan suami, Teuku Ryan dikatakan kini sedang bergolak. Malah terbaharu, ada sumber mengatakan bahawa Ria telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya.

Artikel Berkaitan: Suami Dituduh Curang Dengan Pelakon, Ria Ricis Padam Foto Teuku Ryan Di YouTube?

Ria Ricis fail cerai

Memetik laporan Makassar Tribunnews, Ria Ricis atau nama sebenarnya Ria Yunita telah memfailkan perceraian melalui sistem atas talian yang dikenali sebagai e-court di Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada 30 Januari lalu.

Menurut sumber, Ricis turut menuntut hadhanah dan nafkah untuk anak perempuan mereka, Cut Raifa Aramoana. Namun, wakil pihak Mahkamah Agama Jakarta Selatan tidak mendedahkan secara terperinci nilai nafkah yang dikemukakan oleh Ricis.

Difahamkan, Ricis dan Teuku Ryan atau nama sebenarnya Teuku Rushariandi sudah hampir setahun tidak tinggal sebumbung. Perkara itu disahkan susulan alamat yang dikemukakan di dalam borang tuntutan cerai adalah berbeza antara satu sama lain. Perbicaraan pasangan ini akan berlangsung pada 19 Februari akan datang.

Sekadar info, Ria Ricis dan Teuku Ryan telah mendirikan rumah tangga pada 12 November 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak perempuan, Cut Raifa Aramoana yang dilahirkan pada 26 Julai 2022.

Keretakan hubungan rumah tangga mereka dihidu peminat susulan pasangan itu kurang berkongsi gambar dan momen mereka bersama di media sosial. Namun Ricis dan Ryan tidak memberi sebarang kenyataan berhubung isu terbabit sehinggalah baru-baru ini, Ricis telah memfailkan perceraian.

Sumber: Makassar Tribunnews

SKIP THIS AD ×