Status perkahwinan pempengaruh media sosial Indonesia iaitu Ria Ricis dan suami, Teuku Ryan masih menjadi persoalan ramai susulan pasangan ini dilhat kurang meluangkan masa bersama.
Teuku Ryan didakwa curang?
Sebelum ini, tersebar khabar angin mengenai rumah tangga pasangan ini sedang bergolak malah mereka juga didakwa sudah bercerai dan membawa haluan masing-masing. Berita tersebut mula tercetus selepas Teuku Ryan didakwa berlaku curang susulan kehadirannya ke sebuah majlis ditemani pelakon cantik, Celia Thomas.
Tidak cukup dengan itu, Ria Ricis juga kerap memuat naik momen bersama anak, Cut Raifa Aramoana tanpa kehadiran suami di sisi. Begitu juga dengan Teuku Ryan yang memilih untuk tidak berkongsi foto bersama Ria Ricis.
Malah Ria Ricis juga dilihat tidak hadir ke majlis konvokesyen Teuku Ryan yang berlangsung pada bulan lalu. Namun lelaki berkenaan pernah menjelaskan ketika itu Ria perlu memenuhi tugasan kerja-kerja penggambaran yang sudah termaktub dalam kontrak.
Tindak tanduk pasangan ini secara tidak langsung menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen yang mendakwa Ria dan Ryan sudah tidak mesra seperti sebelum ini.
Terbaharu, Ria Ricis didapati mengubah gambar banner di profil YouTubenya. Sebelum ini, gambar mereka 3 sekeluarga dan kini cuma terlihat foto Ria Ricis bersama anak sulung mereka.
Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan Ria dan Teuku Ryan mengenai status rumah tangga mereka.
Sumber: Dream Id