berita

Setia Tunggu Suami Dibebaskan Dari Penjara, Sekali Suami Curang…

June 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Isteri mana yang tidak sedih apabila mengetahui suami tersayang berlaku curang di belakang dirinya. Ini kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita dari Bandung, Jawa Barat, Indonesia yang tampil berkongsi kisah duka yang menimpa dirinya. Walaupun sanggup menunggu selama beberapa tahun selepas suami dipenjara, namun pengorbanan tersebut dibalas dengan kecurangan.

Artikel Berkaitan: Wanita Pasrah Suami Kantoi Curang Dengan Adik Sendiri, Suami Pesan Jangan Viral Dekat FB

Artikel Berkaitan:[VIDEO] 13 Tahun Bersama Suami Kantoi Curang Dengan Janda, Bila Suruh Kahwin Tak Nak Pula! Siap Merayu Lagi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kantoi Curang Tak Sampai Setahun Kahwin, Wanita Bakar Semua Gambar..Menyesal Kahwin Muda!

Setia tunggu suami

Walaupun sanggup menunggu suaminya keluar dari penjara, namun pengorbanan tersebut sama sekali tidak dihargai dan si suami dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain sebaik dibebaskan dari penjara.

Difahamkan perhubungan tersebut sudah bertahan selama lapan tahun bagaimanapun pada tahun 2018, suaminya telah ditangkap berikutan terlibat dalam kes dadah dan dipenjara selama tiga tahun.

Setiap minggu saya menghantar makanan ke penjara. Sehingga itu, pada tahun 2021, suami diisytiharkan bebas dari penjara.

Namun selepas suaminya dibebaskan alangkah terkejutnya wanita cekal ini selepas mengetahui lelaki berkenaan pergi ke rumah wanita lain sebaik sahaja dibebaskan dari penjara. Apa yang lebih mengejutkan, apabila si suami didakwa melakukan hubungan seks dengan wanita berkenaan sebelum menghantar video berkenaan kepada isterinya sebagai alasan untuk berpisah.

Walaupun berat untuk menerima, wanita ini masih memilih untuk memaafkan suaminya dan lelaki berkenaan meminta restu untuk diizinkan berkahwin dua. Sebagai solusi, wanita ini meminta supaya dilepaskan dan mereka sudah pun bercerai.

Akhirnya memutuskan untuk berpisah.

Bercerita lebih lanjut, wanita ini mendakwa kekasih suaminya berada di rumahnya ketika dia mahu mengambil barang-barangnya.

Perempuan itu tidur dalam bilik saya, pakai selimut saya.

Terbaru, bekas suaminya dilaporkan telah pun ditahan atas kes yang sama sebelum ini dan mungkin akan dikenakan hukuman yang lebih lama.

Video penuh:

@mandafebriani19 #fypage #pelakorgaktaudiri #viraltiktok #pelakor #fyp #viralvideo ? Rumah Singgah – Fabio Asher

@mandafebriani19 Balas @ani4moen ? Sahabat Dulu – From Layangan Putus – Prinsa Mandagie

@mandafebriani19 Balas @user212121292929 ? Takkan Berpaling Dari-MU – Rossa

Sumber: Tribun News & TikTok

SKIP THIS AD ×