Ibu kepada Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek iaitu Dr Zailah Zainudi menitipkan kata-kata semangat buat anak perempuannya.

Artikel Berkaitan: Dr Afifah Kesal Pembantu Rumah Didakwa Cium Anak Sedang Sakit – ‘Dia Buat Tanpa Pakai Pelitup Muka’

Artikel Berkaitan: ‘Nak Jadi Dentist Yang Chill & Cool, Bukanlah Pelakon Atau Penyanyi’ – Dr Fie

‘Semoga anakanda tabah’

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story (IGS), Dr Zailah mendoakan agar anak perempuannya itu sentiasa diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan hidup.

Semoga anakanda tabah dengan ujian demi ujian yang Allah hadirkan.

Dia juga berharap anaknya itu bersabar kerana yakin setiap kesukaran yang dilalui pasti akan disusuli dengan kesenangan, kelak.

Setiap kepayahan itu akan disertakan dengan kesenangan InsyaAllah. Kena sabar wahai anakanda.

Pada Khamis, meluahkan rasa kecewa berikutan anak lelakinya yang sedang sakit didakwa telah dicium oleh pembantu rumah.

Dakwanya, pembantu rumah tersebut bertindak sedemikian ketika datang bersama Nubhan untuk melawat cahaya matanya itu yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember lalu mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Afifah selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Sumber: Instagram Dr Zailah