Ketiadaan penyanyi Misha Omar di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 39 (SFMM39) menjadi tanya dalam kalangan peminat.
Artikel Berkaitan: Aina Abdul, Ernie Zakri & Misha Omar Bakal Rebut Tempat Ke AJL39! Ini Senarai 30 Lagu Mara Ke SFMM39
Vanessa ganti
Misha yang sepatutnya menyampaikan lagu Masihkah Ada Rasa Itu telah digantikan oleh Vanessa Reynauld.
Masihkah Ada Rasa Itu merupakan lagu ciptaan Misha bersama Sharon Paul dan lirik ditulis oleh Sharon Paul dan Que Afiq.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada Misha mengenai ketiadaannya.
Kali terakhir Misha muncul di pentas SFMM pada edisi ke-36 menerusi lagu Tanpa Rela. Bagaimanapun lagu tersebut terkandas dan tidak layak ke pentas AJL.
Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial memuji nyanyian Vanessa kerana menyampaikan lagu tersebut dengan cemerlang.
Sementara itu, Sharul Kamal turut menggantikan Fahimi Rahmat menerusi lagu Angau di pentas SFMM39.
Difahamkan, Fahimi ketika ini sedang mengerjakan ibadah Umrah.
17 buah lagu bertanding
Dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy, SFMM39 disiarkan secara langsung di TV3 jam 9 malam dan juga distrim secara HD di www.tonton.com.my.
Malam pertama SFMM39 menyaksikan 17 buah lagu yang bertanding iaitu Aura (Ernie Zakri), Yennode Macha (Zubir Khan), Saksama (Akim & The Majistret), Hening Rindu (Marsha Milan Londoh), Belakang Tabir (Syamel), I L U (Aepul Roza), Oh Huminodun (Elica Paujin), Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz), Tangis (Nabila Razali) dan Helah (Puteri Khareeza).
Turut bersaing Angau (Fahimi Rahmat), Retak Hatiku (Iera Milpan), Masihkah Ada Rasa Itu (Misha Omar), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Oh My Kadhale (Zubir Khan & Ezra Kairo), Memori Mungkin Berulang (Siti Nordiana & Tomok), Sengaja (Amir Masdi).
Manakala, 13 buah lagu yang bakal berentap pada malam kedua adalah SAH (Sarah Suhairi & Alfie Zumi), Ritma & Rima (Stacy & Akim), Panas (Nikki Palikat), Menggengam Bahagia (Sufian Suhaimi), Dulu Kini Dan Selamanya (Marsha Milan), Diam (Hael Husaini), Sangkar Derita (Haqiem Rusli).
Turut bertanding pada malam kedua lagu Puas Sudah (Aina Abdul), Sinar Pelangi (Projector Band), Gelora (Usop), Risiko (Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerflt, Tuju & MK K-Clique), Bukan Lagi Kita (Nadeera), dan Lemas (Khai Bahar).
SFMM39 membariskan juri profesional iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad yang diketuai Edry Abdul Halim.