Sebanyak 30 buah lagu berjaya mara ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 39 (SFMM39) sekali gus bakal berentap untuk merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39).

Artikel Berkaitan: #AJL38: Aina Abdul Pegang Rekod ‘Hattrick’! Berjaya Pertahan Vokal Terbaik Tiga Tahun Berturut-Turut

Artikel Berkaitan: #AJL38: ‘Dia Sangat Konsisten Daripada Awal Sehingga Habis’ – Ketua Juri Jelaskan Sebab Aina Abdul Menang Vokal Terbaik

Artikel Berkaitan: 30 Lagu Bakal Berentap Di SFMM38! Ziana Zain, Aina Abdul & Hael Husaini Antara Persaing Hangat

Hanya 10 lagu layak ke AJL39

Lebih menarik dan mendebarkan ialah buat pertama kalinya hanya 10 lagu terbaik di SFMM39 yang akan terpilih untuk bersaing di pentas AJL 39.

Antara lagu yang berjaya mara adalah ‘Puas Sudah’ (Aina Abdul), ‘Aura’ (Ernie Zakri), ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ (Misha Omar) dan banyak lagi.

Turut mencuri tumpuan adalah lagu yang bakal dinyanyikan pemenang vokal terbaik sebanyak empat kali di saingan AJL iaitu Hafiz Suip yang berjudul ‘Terus Bersinar’.

Dengan tempat yang terhad, persaingan tahun ini pastinya menjadi lebih hebat dan akan menjadikan persembahan di pentas akhir AJL 39 nanti lebih memukau dan mendebarkan.

Berikut merupakan senarai penuh 30 lagu yang berjaya ke SFMM39:

  1. Sah – Sarah Suhairi & Alfie Zumi
  2. Ritma & Rima – Akim Ahmad & Stacy
  3. Panas – Nikki Palikat
  4. Menggenggam Bahagia – Sufian Suhaimi
  5. Dulu Kini Dan Akhirnya – Marsha Milan
  6. Belakang Tabir – Syamel
  7. Saksama – Akim & The Majistret
  8. Diam – Hael Husainie
  9. Sangkar Derita – Haqiem Rusli
  10. Masihkah Ada Rasa Itu – Misha Omar
  11. Puas Sudah – Aina Abdul
  12. Yennode Macha – Zubir Khan
  13. Sinar Pelangi – Projector Band
  14. Gelora – Usop
  15. Hening Rindu – Marsha Milan
  16. Memori Mungkin Berulang – Tomok & Siti Nordiana
  17. Aura – Ernie Zakri
  18. Pujaanku – Masdo Ft. Aisyah Aziz
  19. Risiko –  Benzoloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique
  20. I L U – Aepul Roza
  21. O M K – Ezra Khairo & Zubir Khan
  22. Terus Bersinar – Hafiz Suip
  23. Tangis – Nabila Razali
  24. Retak Hatiku – Eira Milpan
  25. Bukan Lagi Kita – Nadeera Zaini
  26. Angau – Fahimi Rahmat
  27. Oh Huminodun – Elica Paujin
  28. Sengaja – Amir Masdi
  29. Lemas – Khai Bahar
  30. Helah – Puteri Khareeza

SFMM39 bakal berlangsung pada 14 dan 15 November ini pada jam 9 malam dan akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy.

Penonton boleh menyaksikan SFMM39 secara langsung menerusi siaran TV3 jam 3 petang atau strim secara HD di aplikasi TonTon.