
Pelakon, Shaheizy Sam menegaskan dia tidak akan lagi melakonkan sebarang babak mesra atau bersentuhan dalam naskhah lakonannya selepas ini, baik filem mahupun drama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Terharu Shaheizy Sam Panjatkan Doa Untuknya Di Raudah – ‘Kawan Yang Sangat Jarang Jumpa, Tapi Kau Buat Dengan Penuh Ikhlas’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaheizy Sam Kembali Kurus, Netizen Teka Bakal Muncul Filem Baru
Tiada lagi adegan bersetuhan

Mengakui diri semakin matang selari dengan pemikiran, Sam, 43, berkata, filem Indera yang siap menjalani penggambaran empat tahun lalu bakal menjadi naskhah terakhir yang menyaksikan dirinya melakukan babak sedemikian.
Terus terang, saya tak okay untuk buat babak macam itu (mesra) lagi. Kalau sekarang diberi skrip yang perlukan saya lakon babak bersentuhan atau mesra, saya akan tolak.
Empat tahun lepas semasa terlibat dalam penggambaran, saya fikir lain. Ketika itu saya nak beri sepenuh komitmen dan nampak jujur dalam lakonan.
Tapi sekarang saya sedar, untuk nampak ‘real’ tak semestinya kena buat begitu. Kalau diputarkan masa, saya memang tak akan buat.
Filem Indera menjadi filem terakhir saya yang mengandungi adegan sebegitu. Selepas ini, saya akan elakkan sepenuhnya.
Sam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Indera yang berlangsung di GSC Midvalley, Kuala Lumpur.
Tambah aktor itu, perubahan pendirian tersebut hadir seiring dengan kematangan dirinya sebagai seorang insan dan anak seni.
Saya tak rasa apa pun waktu buat dulu sebab saya anggap itu kerja, bukan sesuatu yang peribadi. Tapi saya tahu, babak macam itu boleh mendatangkan fitnah.
Sekarang, bila ditanya, saya memang tak sanggup nak ulang benda yang sama. Bukan sebab nak tunjuk diri ini baik, tapi sebab kita dah belajar dan makin matang. Lelaki kan memang lambat matang.
Ketika ditanya adakah keputusannya itu dipengaruhi perasaan isterinya, pelakon Syatilla Melvin, Sam menafikan perkara tersebut sebagai faktor utama.
Syatilla tak pernah cakap apa-apa pun, tapi saya faham. Sebagai suami, secara naluri saya tahu apa yang mungkin dia rasa. Tapi waktu dulu, kita berfikir secara berbeza. Sekarang, saya nampak benda itu dari sudut yang lebih luas.
Selain Sam, filem Indera mengisahkan tentang seorang balu serta anak perempuannya yang dihantui penglihatan misteri di sebuah kampung terpencil turut dibintangi Azira Shafinaz, Ruminah Sidek, Samara Kenzo dan ramai lagi.
Filem Indera diterbitkan oleh Greenlight Pictures, Lomo Pictures serta GSC Movies bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Ogos ini.








