Isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Nur Shahida berkongsi detik mengejutkan apabila hampir 1,200 orang hadir ke sesi temuduga terbuka di syarikatnya, Wisma D’Herbs pada Selasa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri & Shahida Terkejut Beg Disalut Batu Swarovski Harga RM45k & RM50k Terjual

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Aliff Syukri Solat Awal Waktu Sebelum ‘Live’ Jual Beg Tangan – ‘Patutlah Berjaya, Dia Tak Pernah Lupa Allah’

Hampir 1,200 hadir temuduga

Menerusi TikTok, Shahida atau Nur Shahida Mohd Rashid memuat naik video memaparkan kawasan Wisma D’Herbs yang dibanjiri calon-calon yang mahu mencuba nasib mencari pekerjaan di syarikatnya.

Dapat dilihat, kesemua calon sanggup berdiri dan beratur panjang di bawah panas terik matahari demi mencuba nasib menjadi pekerja kepada Shahida dan Aliff.

Ujar Shahida, dia sangat tidak menyangka akan menerima sambutan luar biasa sebegini daripada orang ramai.

Ya Allah mama tak sangka seramai ini yang datang untuk sesi temuduga terbuka hari ini (Selasa).

Hampir 1,200 orang datang untuk pelbagai jawatan di Wisma D’herbs.

Nak pilih pun susah sebab yang datang pun semua hebat hebat belaka. 

Dalam pada itu, ibu kepada orang anak ini menjelaskan bahawa dia dan Aliff bakal mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan membuka beberapa cawangan baharu tidak lama lagi.

Insya-Allah D’herbs akan mengembangkan lagi perniagaan dengan menambah cawangan baharu tidak lama lagi.

Apa pun mama nak ucapkan tahniah pada yang berjaya dan pada yang kurang bernasib baik mama doakan anda berjaya di tempat lain.

Terima kasih sebab sudi datang hari ini ya.

Video

@shahidadherbs2

Ya Allah mama tak sangka seramai ini yang datang untuk sesi temuduga terbuka hari ini. Hampir 1200 orang datang untuk pelbagai jawatan di Wisma D’herbs. Nak pilih pun susah sebab yang datang pun semua hebat hebat belaka. Insyallah D’herbs akan mengembangkan lagi perniagaan dengan menambah cawangan baru tidak lama lagi. Apa pun mama nak ucapkan tahniah pada yang berjaya dan pada yang kurang bernasib baik mama doakan anda berjaya di tempat lain. Terima kasih sebab sudi datang hari ini ya.

♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid

Sumber: TikTok