
Pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro tampil menjadi orang tengah dengan membantu pelawak, Mamak Puteh berhubung isu pembayaran melibatkan sebuah syarikat produksi dan stesen televisyen.
Artikel Berkaitan: Awesome TV Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Amir Raja Lawak, Mamak Puteh & Abu Mamu
Artikel Berkaitan: Awesome TV Sudah Lunaskan Semua Bayaran Tertunggak Kepada Artis – ‘Bukan Tidak Bayar Tetapi Lambat’
Bayaran RM17,000 langsai

Menerusi satu hantaran di Threads, Shahrol atau nama lengkapnya Shahrol Azizie Azmi memaklumkan perbincangan yang dijalankan sebelum ini akhirnya membuahkan hasil apabila masalah berkenaan berjaya diselesaikan.
Dalam perkongsian tersebut, Shahrol turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama Mamak atau nama lengkapnya Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad dengan menunjukkan cek bayaran berjumlah RM17,000.
Dalam masa yang sama, dia turut bertanya sekiranya ada pihak lain yang masih belum menerima bayaran daripada dua syarikat terkenal terbabit.
Terdahulu, Mamak mendedahkan kepada media bahawa bayaran lakonannya tertunggak sejak tiga tahun lalu. Pelawak itu turut memuat naik gambar bersama laporan polis berhubung isu tersebut, sekali gus menerima simpati dan doa daripada netizen.
Namun, pihak stesen televisyen berkenaan difahamkan mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga pelawak iaitu Amir Raja Lawak, Mamak Puteh dan Abu Mamu yang didakwa menyebarkan fitnah serta mencemarkan reputasi stesen televisyen itu.
Sumber: Threads Shahrol Shiro




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
