berita

Shahz Jaszle Teruskan Rancangan Kahwin Tahun Ini

January 22nd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-01-22 at 12.22.37 PM

Walaupun hubungan percintaan dengan tunangnya, Redzwani Puteri dihambat dengan pelbagai dugaan, Shahz Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin masih tetap meneruskan perancangannya untuk menikahi wanita itu pada tahun ini.

Artikel Berkaitan :

Ketika ditemuramah oleh Media Hiburan berikutan kegagalan permohonannya untuk menggugurkan kes khalwat bersama seorang bekas kakitangan bank, Shahz Jaszle turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan Redzwani sudah pulih sepenuhnya sejak Aidilfitri yang lalu.

“InsyaAllah, jika tiada sebarang halangan doakan kami untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini”

Screen Shot 2014-01-22 at 12.29.57 PM

Hubungan Shahz Jaszle dan Redzwani telah kembali pulih

Shahz Jaszle, 26, telah mengikat tali pertunangannya dengan Redzwani pada penghujung tahun 2012 dan hubungan mereka berdua pernah goyah seketika disebabkan kes khalwat Shahz Jaszle pada Mei tahun lalu.

Beralih pada soal karier, Shahz Jaszle memberitahu bahawa rezekinya sebagai seorang pelakon tidak terjejas dan dia kini sibuk memenuhi jadual penggambaran yang padat.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×