
Usahawan dan personaliti media sosial, Shaninena Natasya hilang sabar dengan sikap segelintir warganet yang meninggalkan komen melampau terhadapnya.
Artikel Berkaitan: Shaniena Natasya Menangis Terima Komen Jelek Tentang Anak
Artikel Berkaitan: Jaga Shaniena Natasya & Bayi, Suami Beri ‘Nurse’ Loket Emas
Shanienya berang
Menerusi hantaran di Threads, seorang individu meninggalkan komen terhadap Shaniena kerana kurang senang melihat dirinya bersukan ketika masih dalam pantang.
Shaniena kemudian tampil mempertahankan diri dengan menyelar individu berkenaan dan turut mendedahkan wajahnya.
Saya ni buat kerja saya dan buat vlog a day in my life sahaja. Saya tak kacau sesiapa pun dan tak pernah pula saya doa yang tak baik dekat orang lain.
Awak ni mental ke? Asyik komen dekat orang, kalau jahitan terbuka.. ke awak memang suka? Hidup awak tak menyeronokkan ke?
Nak komen sikit-sikit boleh la, ini bunyi lebih-lebih siapa nak layan. Nanti marah cakap orang meroyan dalam pantang pula.
Ingatlah, tak kena dekat dekat diri sendiri mungkin akan kena dekat anak sendiri.
Nasihat netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Niena supaya tidak mengendahkan individu tersebut dan meneruskan sahaja ativiti yang dilakukan selagi tidak menjejaskan kesihatan.
Buat malu orang perempuan sahaja, nampak sangat tak senang dengan kehidupan orang.
Jangan pedulikan dia, saya dua kali czer tak pernah pun nak kutuk orang. Saya pasti awak dah berbincang dengan doktor, apa yang awak tunjuk adalah wanita dalam pantang pun boleh gembira.
Awak bersabar ya, memang dia je terpaling beranak czer, dengki orang boleh bersukan.
Saya pun baran bila baca komen-komen perempuan itu.
Tak payah sibuk cara orang lain berpantang, badan masing-masing. Jangan paksa orang tiru cara awak.
Pada awal Jun, Shaniena berkongsi berita gembira dengan memaklumkan dirinya selamat menimang cahaya mata pertamanya yang digelar ‘Princess S’.
Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei 2023.
Sumber: Threads Shaniena