Selepas memberi bayangan rumah tangga sedang bergolak, pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan dia bakal bercerai dengan suaminya, Michael Hensen.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Tidak Boleh Lagi Menjadi Pasangan’ – Rumah Tangga Sharifah Sakinah Dah Berakhir?
Kerap alami fasa pasang surut
Memetik laporan Kosmo, Sakinah mengakui hubungan jarak jauh menjadi penyebab utama dia nekad untuk berpisah dengan Michael.
Kata aktres berumur 33 tahun ini, dia sudah penat untuk berulang-alik Kuala Lumpur ke Sweden selain menelan kos perbelanjaan yang tinggi.
Ya, kami akan bercerai dan akan menjalani kehidupan masing-masing. Kalau jumpa lelaki lain selepas ini, bye-bye.
Sebenarnya saya sudah berkahwin dengan Michael sejak penghujung 2020. Selama tiga tahun (bersama), kami kerap menghadapi masalah komunikasi. Michael pentingkan pengurusan kewangan.
Tiket kapal terbang untuk berjumpa dengannya di sana (Sweden) jika dikumpul boleh membeli sebuah rumah secara tunai. Jadi perkara itu selalu menjadi persoalan.
Saya tidak mahu lagi menjalani hubungan jarak jauh kerana ia memenatkan. Tenaga saya sudah habis. Saya mahu gembira dan memberi fokus dengan kehidupan.
Michael tidak boleh menetap di sini (Malaysia) kerana dia mempunyai komitmen kerja dan keluarga (bekas isteri dan anak-anak) yang masih di bawah tanggungannya.
Tambah pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, dia memuat naik hantaran ‘perpisahan’ di Instagram supaya tidak timbul salah faham jika dia dilihat bersama dengan lelaki lain selepas ini.
Tak serik nak kahwin lagi
Dalam pada itu, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka tidak menolak kemungkinan untuk berkahwin lagi biarpun sudah dua kali menerusi fasa penceraian.
Malah, dia juga terbuka untuk Michael mencari pengganti dirinya sekaligus meneruskan kehidupan.
Saya ada bercakap tentang perkara ini dengan Michael. Dan jika dia berjumpa dengan wanita lain juga, teruskan.
Walaupun berpisah, Sakinah dan Michael tetap akan menjalinkan hubungan atas dasar rakan bisnes Hemma Fit.
Pada Februari lalu, Michael dan Sakinah mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020.
Terdahulu, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun bercerai pada Mei 2020.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha, 5.
Sumber: Kosmo