
Pelakon Sharifah Shahora mendoakan rakan selebritinya Rita Rudaini dan Fazura dikurniakan jodoh yang terbaik setelah gagal dalam perkahwinan pertama.
Artikel Berkaitan: Fazura Tegur Individu Masuk ‘Live’ Sebut Fasal Bekas Suami – ‘Manusia Yang Hobinya Bersifat Provokasi’
Artikel Berkaitan: ‘Ibu Tunggal Bukan Lemah, Dia Memilih Untuk Kuat Di Saat Pilihan Lain Tidak Wujud’ – Rita Rudaini
Jodoh yang terbaik
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Sharifah Shahora dilihat berkongsi foto bersama Rita dan Fazura bersama kapsyen ringkas yang menyentuh hati.
Wanita-wanita hebat. Semoga keduanya mendapat jodoh yang membahagiakan.
Mereka adalah ibu dan berusaha mencari rezeki untuk keluarga.
Alhamdulillah, saya sayang mereka berdua.
Doa netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tiga figura itu sebagai wanita hebat yang diuji namun tetap semangat meneruskan kehidupan. Selain itu, warganet turut memuji tindakan pelakon berusia 51 tahun itu yang sentiasa menyokong rakan-rakan selebriti.
Sekadar info, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada tahun 2008 sebelum sah bercerai pada September 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Manakala, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Fattah Amin pada 2017, namun disahkan bercerai pada 2024.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.
Sumber: TikTok @sharifahshahora