Pelakon, Rita Rudaini menyorot perhatian ramai apabila meluahkan perasaannya mengenai wanita yang bergelar ibu tunggal.

Artikel Berkaitan: ‘Anak Menjauh Bukan Kerana Hasutan Tapi Kenangan’ – Rita Rudaini

Artikel Berkaitan: ‘Syukur Pada Teknologi, Setidaknya Wajah Anak Masih Boleh Dikenal Dari Jauh’ – Rita Rudaini

‘Ibu tunggal tak lemah…’

Menerusi Instagram (IG), Rita yang memuat naik gambarnya berpendapat wanita berstatus ibu tunggal bukanlah seorang insan yang lemah sebaliknya mereka begitu kuat untuk meneruskan hidup tanpa figura seorang suami di sisi.

Ibu tunggal bukan lemah, tetapi dia adalah wanita yang memilih untuk kuat di saat pilihan lain tak wujud.

Dalam diamnya ada doa, dalam letihnya ada cinta yang tak pernah padam.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian dan menuai pelbagai reaksi daripada netizen.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Rita.

Malah, ada yang menzahirkan ucapan terima kasih buat pelakon filem ‘Mami Jarum’ itu yang banyak memberikan inspirasi kepada mereka yang berstatus ibu tunggal.

Untuk rekod, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada tahun 2008 sebelum sah bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sumber: IG Rita Rudaini