berita

Sharifah Zarina Terkejut Khairul Fahmi Che Mat Pandai Berlakon

December 5th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sebut pasal Sharifah Zarina, OHBULAN! percaya ada yang masih tertanya-tanya siapakah dia ini kan? Lebih 10 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian, dia adalah bekas naib juara Bintang RTM 1999.

Tak popular seperti penyanyi-penyanyi lain, tapi OHBULAN! percaya anda mesti pernah mendengar lagu berjudul ‘Langit Ke Tujuh’ dan juga single terbarunya, ‘Memandang Awan’.

Sharifah Zarina ketika ditemui di majlis pelancaran buku Jalan-Jalan Cari Makan bertempat di Sheraton Imperial Kuala Lumpur memberitahu bahawa video klip rasmi ‘Memandang Awan’ bakal dilancarkan tak lama lagi.

“Video klip ‘Memandang Awan’ akan dibintangi oleh Sharifah Aleya. Saya pilih dia kerana lagu ini lebih bersesuaian dengannya memandangkan lagu ini juga telah dicipta oleh bekas suaminya dan dia bersetuju untuk membintangi video klip ini,” ujar penyanyi kelahiran Sarawak ini.

Ingin menyelitkan elemen ‘surprise’, Sharifah Zarina juga telah memilih penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat untuk menjadi hero didalam video klip rasmi ‘Memandang Awan’.

“Pada mulanya, mahu ambil Aaron Aziz. Tapi kemudian pilih Apek dan tak sangka yang dia sangat pandai berlakon. Saya sendiri sangat terkejut.”

“Dia benar-benar menghayati wataknya didalam video klip ini,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Sharifah memberitahu dia kini sedang berusaha mencari lagu baru dan pernah menyuarakan hasratnya ini ke beberapa buah kumpulan muzik tempatan.

“Sekarang saya sedang mencari lagu baru, siapa-siapa pun boleh ciptakan untuk saya. Saya dah ‘approach’ Klangit, Hyper Act dan juga Tam Spider. Sebelum ini juga pernah minta pada Amir Jahari, tapi masing-masing sibuk jadi tak dapatlah nak buat lagi.”

SKIP THIS AD ×