berita

Sharnaaz Ahmad Fail Nusyuz Terhadap Noor Nabila

September 30th, 2019 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Umum mengetahui kemelut rumah tangga di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila, masih belum menemui jalan penyelesaian. Terdahulu, pelakon tersebut enggan menceraikan isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina sejak dua tahun yang lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, pelakon tersebut telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Memperbetulkan keadaan

Menurut peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader, Sharnaaz telah memfailkan permohonan itu pada 19 September lalu. Tambahnya, pelakon itu bertindak sedemikian kerana ingin memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang berlegar-legar mengenai rumah tangganya.

Sebab utama adalah untuk kita sama-sama selesaikan perkara ini dengan cara yang paling baik. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama.

Sebelum ini, pihak pelakon itu telah menyerahkan saman kepada pihak Noor Nabila pada 22 September lalu. Hal tersebut disahkan peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila yang kemudian memohon satu tarikh bagi memasukkan pembelaan mereka. Mahkamah menetapkan 6 November ini untuk sebutan semula kes.

Melantik anggota keluarga rapat

 

Sementara itu, kedua-dua pasangan tersebut telah melantik seorang wakil daripada kalangan keluarga untuk memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian. Noor Nabila telah melantik ayah tirinya, Abdul Halim Khan, manakala Sharnaaz melantik kakaknya Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakilnya.

Perlantikan tersebut merupakan susulan apabila Sharnaaz tidak bersetuju dengan tuntutan cerai Noor Nabila yang memfailkan permohonan cerai secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Sebelum ini, Nabila turut memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×