Sharnaaz Ahmad

Pelakon, Sharnaaz Ahmad mengimbas kembali pengalaman sewaktu sesi latihan filem Blood Brothers yang berlaku pada bulan Ramadan tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Blood Brothers Gegarkan Absolut Bazaar, Peminat Sanggup Bersesak & Teruja Jumpa Barisan Pelakon

Artikel Berkaitan: Shukri Yahaya Kembali Berlakon Filem Selepas 5 Tahun, Tak Mahu Hanya ‘Dicop’ Wajah Drama Cinta & Air Mata

Shooting bulan Ramadan

Sharnaaz Ahmad

Mengakui banyak tenaga digunakan, Sharnaaz atau nama lengkap Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, berkata, sesi latihan sangat mencabar selain perlu belajar pelbagai koreografi untuk aksi berlawan.

Saya dan rakan pelakon yang lain mula berlatih selepas sahaja waktu berbuka puasa. Memang banyak tenaga yang perlu digunakan.

Sesi latihan memang agak ‘intense’, sebab filem ini banyak aksi ‘stunt’ dan gunakan banyak senjata. Koreografi juga sangat banyak.

Walaupun berlaku pada bulan puasa, tetapi momen itu sangat seronok. Tambahan lagi pasukan dan pelakon yang sangat ‘sporting’.

Sharnaaz  berkata demikian ketika ditemui di majlis ‘meet and greet’ bersama pelakon Blood Brothers yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Muscle cedera

Sharnaaz Ahmad

Disoal adakah mengalami kecederaan sewaktu sesi latihan, Sharnaaz menjawab hanya cedera ringan dan mengalami sakit otot dalaman sehingga susah bergerak.

Ada la cedera ringan, bukan cedera yang patah tulang atau sebagainya. Macam saya cedera dalaman, ada ketika tangan saya tak boleh angkat dan menggigil.

Otot dalaman terlalu bekerja, sebab itu sakit. Ada babak berlawan yang terpaksa kami buat tiga malam berturut-turut. Itu bahagian paling susah.

Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu lakonannya dalam filem arahan Syafiq Yusof itu pasti berbeza dengan beberapa naskhah bergenre aksi yang pernah dibintangi sebelum ini.

Ini bukan pertama kali saya berlakon filem aksi, tetapi setiap filem aksi yang saya lakonkan tidak sama. Saya akan ‘design’ setiap watak supaya berbeza.

Saya mengambil contoh Robert De Niro, dia berlakon sepuluh cerita sekali pun mesti nama sama sahaja. Tetapi emosi yang dibawakan dalam setiap naskhah memberi kelainan.

Jadi, saya rasa, kelainan yang saya tonjolkan dalam Blood Brothers adalah lebih kepada watak seorang abang yang bertanggungjawab.

Selain Sharnaaz, filem Blood Brother yang bakal menemui penonton pada 10 April depan itu turut dibintangi Amelia Henderson, Syukri Yahaya, Syafiq Kyle, Zamarul Hisam, Wan Hanafi Su, Andy Teh dan ramai lagi.