berita

Sharnaaz Ahmad Nafi ‘Kongkong’ Kekasih -‘Kalau Kawal Apa Salahnya, Daripada Jadi Mat Rempit…’

May 19th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon, Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian pihak media selepas dia dilihat hadir bersama seorang wanita sambil berpelukan tangan pada malam gala tayangan filem Polis Evo 3, yang berlangsung di KLCC, semalam.

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Serah Soal Jodoh Pada Allah, Dah Menabung Rela Duduk Rumah Orang Tua

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Dedikasi Ucapan Hari Ibu Pada Nabila -‘Tanpa Kamu, Saya Tiada Di Sini…’

Fasa berkawan

Ketika ditemui Oh Bulan!, Sharnaaz atau sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menjelaskan, dia dan wanita berkenaan hanya sekadar berkawan.

Malah, aktor itu berkata, hadir bersama wanita tersebut pada majlis berkenaan bukanlah menandakan mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Tiada apa, kami masih dalam fasa berkawan. Saya okay sahaja berkawan dengan semua orang.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut mengulas mengenai dakwaan dia telah mengongkong wanita tersebut. Katanya, tidak salah untuk berbuat demikian sekiranya ke arah kebaikan.

Saya rasa kalau nak kawal dia, saya yang perlu kawal, jadi suka hati saya lah. Bagi saya, apabila kawal seseorang itu bermakna kita ambil peduli. Itu hak dia.

Bagi saya, kawal itu ada banyak fasa, kawal itu untuk dia jadi yang terbaik. Kalau kawalan kita terlalu merepek, merepeklah jadinya. Kalau kawal ke arah kebaikan, apa salahnya daripada dia jadi mat rempit atau bohsia.

Sementara itu, disoal mengenai penerimaan anak lelakinya, Jebat Jayden terhadap wanita tersebut, aktor berusia 37 tahun itu berkata, perkara itu perlu mendapatkan penjelasan daripada anaknya sendiri,

Bagaimanapun, dia melihat, hubungan tersebut masih boleh diteruskan.

Kalau soal itu lebih baik tanya Jebat, saya tidak berani cakap untuk pihak dia. Dia pandai jawab.

Tetapi apa yang saya lihat, masih boleh diteruskan lagi, kita lihat sejauh mana dia pergi.

Terdahulu, Sharnaaz pernah memaklumkan bahawa dirinya sedang berkawan rapat dengan seseorang, namun enggan berkongsi terperinci mengenai hal itu yang dianggap peribadi.

Malah nama aktres Amelia Christie menjadi sebutan ramai selepas sahabat karib bekas isterinya, Noor Nabila iaitu Rosix yang dikatakan terlepas menyebut nama aktres berkenaan.

Polis Evo 3

Berkongsi mengenai pembabitannya dalam filem Polis Evo 3, Sharnaaz berkata dia sudah pun memberikan yang terbaik, sehingga terpaksa melalui pembedahan hidung berikutan adegan lasak yang dijayakan.

Sebenarnya ketika menjayakan filem ini, saya banyak berhadapan dengan kesakitan antaranya saya ada masalah gigi, setiap hari. Mungkin kedengaran lucu, tapi cubalah berlakon ketika sakit gigi.

Jadi saya bergelut dengan kesakitan itu, dan banyak benda lain lagi seperti kecederaan di lutut. Malah selepas saya menjayakan filem ini, saya kena menjalani pembedahan hidung berikutan habuk di lokasi penggambaran.

Bagi saya, itulah satu memori indah bagi saya. Kerana saya jujurnya memang mahu menjayakan filem ini sehingga saya tidak kisah soal bayaran dan disebabkan itu saya berbangga dapat menjadi sebahagian daripada francais Polis Evo.

Polis Evo 3 bakal menjengah 165 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 25 Mei ini. Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini mengangkat kredibiliti pasukan polis negara dan Polis Evo 3 masih mengekalkan elemen aksi komedi.

Selain Sharnaaz, turut membintangi filem itu ialah Zizan Razak, Shaheizy Sam, Nora Danish dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×