berita

Sharnaaz Ahmad Perli Penerbit Malaysia? -‘Inilah Bila Musibat Yang Salah Jadi Nakhoda’

July 2nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Baru-baru ini, aktor popular Korea Selatan Lee Jung Jae dilaporkan meminta bayaran sebanyak AS$1 juta bersamaan sekitar RM4.6 juta untuk setiap episod bagi siri terbaharu drama Squid Games 2.

Artikel Berkaitan: Dinobatkan Sebagai Hero Malaya Idaman Wanita, Sharnaaz Ahmad Bergurau -‘Dah Habis Pikiaq Ke?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Shooting Filem Polis Evo 3 Ketika Rumah Tangga Bergolak – ‘Waktu Itu Fasa Sukar Dalam…’

Difahamkan juga, pihak penerbit drama bersiri popular Netflix itu bersetuju dengan permintaan tersebut sekali gus menjadikan Jung Jae sebagai aktor yang tertinggi menerima bayaran.

Musibat jadi ketua?

Sementara itu, berita tersebut telah berjaya menarik perhatian aktor tanah air iaitu Sharnaaz Ahmad apabila dia dilihat berkongsi semula berita berkenaan di Instagram Stories (IG Story) miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Sharnaaz seakan memberi pujian kepada penerbit Korea Selatan yang sanggup memenuhi permintaan bayaran para pelakon.

Namun sebaliknya, apabila aktor itu seperti memerli penerbit yang ada di Malaysia serta berkata para pelakon tempatan terpaksa mengejar bayaran bagi lakonan mereka.

Malah, pelakon filem Polis Evo 3 itu menyifatkan masalah bayaran timbul disebabkan dipimpin oleh ketua yang salah.

Malaysia masih kejar bayaran? Inilah bila musibat yang salah jadi nakhoda (ketua).

Terdahulu, Sharnaaz pernah mengemukakan pendapat mengenai budaya melenjan pelakon dan kru produksi dengan mempertikai sikap segelintir produser yang disifatkan tamak semata mata mahu menjimatkan kos.

Jelas Sharnaaz bayaran yang diterima oleh pelakon dan kru bukan menjadi tiket untuk mereka dilenjan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×