berita

Dinobatkan Sebagai Hero Malaya Idaman Wanita, Sharnaaz Ahmad Bergurau -‘Dah Habis Pikiaq Ke?’

May 31st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Baru-baru ini, Glam Malaysia telah menobatkan pelakon Sharnaaz Ahmad sebagai antara selebriti paling kacak tanah air menerusi kategori Hero Malaya Idaman Wanita pilihan majalah tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Shooting Filem Polis Evo 3 Ketika Rumah Tangga Bergolak – ‘Waktu Itu Fasa Sukar Dalam…’

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Selamat Bertunang? – ‘Mamu Kena Gari’

Hero malaya no.1

Perkara itu diumumkan di Instagram rasmi Glam Malaysia sekali gus mendapat respon balas daripada pemilik nama penuh Ahmad Sharnaaz Ahmad Basir.

Sharnaaz yang berkongsi semula hantaran itu di Instagram Story (IG Story) miliknya sempat berseloroh dengan mempersoalkan adakah benar dia menduduki tangga pertama.

Dah habis pikiaq (fikir) ke bagi aku nombor satu?

Selain bapa kepada seorang cahaya mata itu, turut tersenarai dalam kategori tersebut ialah Zizan Razak, Hun Haqeem, Zul Ariffin, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×