berita

Sharul Aimy Sedia Jadi Pelakon & Tanam Impian Jadi Jurulatih Gimnastik

October 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Sharul Aimy

Atlet gimnastik artistik negara, Sharul Aimy terbuka untuk menceburi bidang lakonan dan memasuki dunia seni sekiranya diberikan peluang oleh mana-mana pengarah atau penerbit.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menang 2 Pingat Di Asian Games, Dhabitah Sabri Ucap Terima Kasih Pada Suami – ‘Dia Penyokong No.1 Saya’

Bersedia jadi pelakon

Sharul Aimy

Ketika ditemui OhBulan! Sharul berkata dia sebelum ini pernah berlakon sebagai cameo dalam sebuah drama.

Bagaimanapun, akui sukar bagi dirinya kerana hal tersebut merupakan satu bidang yang baharu, namun tidak salah untuknya terus mencuba.

Saya pernah berlakon tetapi sekadar jadi cameo sahaja dalam sebuah drama. Tapi itu pun agak susah sebenarnya untuk saya, bukan mudah untuk berlakon.

Walaupun saya punya babak sedikit sahaja tapi mengambil masa sampai dua hari, saya rasa mungkin boleh cuba ke arah lakonan jika diberikan peluang.

Saya selalu ambil job lakonan waktu malam dan hujung minggu, tidak perlu minta kebenaran MSN, tiada masalah. Tidak kacau waktu latihan.

Sharul berkata demikian ketika ditemui pada majlis Evening With Sharul Aimy yang berlangsung di hotel Royale Chulan, The Curve Damansara pada Jumaat.

Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam berkata, buat masa ini fokusnya adalah pada sukan gimnastik dan ingin mengejar impiannya untuk menjadi jurulatih kepada pelapis baharu suatu hari nanti.

Kalau ada yang panggil saya memang akan cuba, namun fokus saya adalah untuk menjadi jurulatih sekiranya sudah tidak lagi menjadi atlet.

Sebab memang impian saya untuk bawa pelapis-pelapis muda pergi ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, disoal mengenai perasaan memenangi pingat gangsa dalam acara melombol di kejohanan Sukan Asia Hangzhou 2022 baru-baru ini, atlet berusia 22 tahun itu meluahkan rasa gembira dan hampir mengalirkan air mata ketika diumumkan sebagai pemenang.

Perasaan waktu menang memang gembira sangat-sangat dan saya hampir menangis, sebab sebelum ini dekat Sea Games, World Cup dan Komanwel saya tidak dapat bawa pulang pingat.

Saya memang dan tanam dalam diri saya untuk bawa pulang pingat pada Asian Games kali ini. Saya fokus dengan apa yang perlu saya buat. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan saya.

Dalam perkembangan lain, Sharul berkata dia dalam usaha untuk mengumpul dana sebanyak RM300,000 bagi menampung kos untuknya ke sukan Olimpik.

SKIP THIS AD ×