Seperti diketahui ramai, pelakon Elisya Sandha baru sahaja melahirkan bayi perempuan, Bunga Elhaq, di sebuah hospital di Ampang, pada 18 Jun lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Mimpi Cucu Lahir & Terus Bagi Nama’ – Sheila Rusly Syukur Elisya Sandha Selamat Bersalin Bayi Perempuan
Ibu mentua baik
Sedang menjalani tempoh berpantang, Elisya, 23, bersyukur apabila dikurniakan ibu mentua yang sangat menyayanginya iaitu penerbit dan pelakon terkenal Sheila Rusly.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), pemilik nama Nur Elisya Sandha Hassan mengucapkan terima kasih kepada Sheila kerana telah menjaga dan menyediakan makanan.
Dalam banyak banyak rezekiku, rezeki yang ini tidak pernah ku duga untuk dapat ibu mentua yang penyayang, terima kasih Ya Allah atas kurniaan mu kepada ku.
Terima kasih mama Sheila Rusly sebab masak makanan pantang yang sedap sangat.
Rezeki dapat mentua baik
Di ruangan komen, rata-rata wargamaya tumpang gembira dan menyifatkan adik kepada aktres Fasha Sandha ini sangat bertuah.
@linda_4322: Mentua yang baik juga salah satu rezeki. Untung Elisya. Selamat berpantang.
@rashidaharma: Bila hati baik Allah pun datang kan yang baik-baik… Seronok dapat mentua baik.
@zazarinna: Rezeki seronok dapat mentua yang baik sama dengan kita..Alhamdullillah. Benda paling nikmat sekali.
@chasing_starbabe: Dapat mentua yang baik adalah rezeki. Kita kena jaga hati dan perasaan serta sentiasa hargai kekurangan dan kelebihan dia. Beruntung awak.
@nunimazlan: Beruntungnya Elisya. Yang penting kena sentiasa jaga hati ibu mentua. Sebab tak semua orang dapat mentua baik. Sebab setiap orang rezeki berbeza beza.
Selain itu, ada juga segelintir peminat yang terliur melihat menu pantang pelakon drama Oh My Hantaran.
Terdahulu, Elisya dan Uzair Haqimy, 26, atau Haq melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos tahun lalu selepas hampir tujuh bulan mengikat pertunangan.
Sumber: Instagram @elisyasandhaofficial