
Perkongsian terbaharu pasangan selebriti, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob di TikTok meraih perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shera Aiyob Kongsi Sebab Jatuh Cinta Dengan Zahiril Adzim – ‘Dia Berbeza Dengan Ex Boyfriend Saya’
Artikel Berkaitan: Sakit Perut Teramat, Tak Boleh Bernafas’ – Shera Aiyob Selamat Jalani Pembedahan Buang 8CM ‘Cyst’
Buat trend

Menerusi hantaran di platform tersebut, pemilik nama Nur Syahirah Aiyob, 39, dilihat melakukan trend yang sedang hangat pada ketika ini.
Trend tersebut memerlukan Shera berlakon seperti terdapat sesuatu di dalam mulutnya untuk menarik perhatian Zahiril sebelum memaparkan muka yang comel.
Zahiril yang ‘terkena’ dengan perbuatan isterinya tersipu malu selepas mengetahui ia hanyalah lakonan semata-mata.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet suka melihat kemanisan dan kemesraan yang dipaparkan oleh pasangan itu.
Tidak hanya itu, keserasian mereka berdua juga membuatkan warganet yang belum mempunyai pasangan mula berasa ‘cemburu’.
Dalam pada itu, warganet turut meluahkan rasa rindu untuk melihat pasangan itu beraksi bersama di kaca televisyen.
Warganet ‘bersemut’


Sumber: TikTok








