berita

Sherry Ibrahim Cuba Kerjaya Baharu, Kini Bergelar Perancang Takaful

April 17th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon, Sherry Ibrahim tampil berkongsi berita gembira mengenai kerjaya baharu yang diceburi bersama para pengikutnya di Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: Sherry Ibrahim Makan Nasi 2 Sudu Untuk ‘Lunch’– ‘Dah Kenyang!’

Kini bergelar perancang takaful

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim)

Menerusi hantaran tersebut, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim memaklumkan dirinya kini bergelar sebagai seorang perancang takaful dan ejen insurans.

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah Sherry dah lulus dan sudah tiba masanya untuk kongsi berita gembira ini.

Sherry sekarang ini sudah sah bergelar sebagai seorang ejen insurans dan perancang takaful bagi sebuah syarikat insurans terkemuka.

Pelakon berusia 41 tahun itu turut menitipkan ucapan terima kasih buat keluarga dan sahabat yang banyak mendoakan dirinya sehingga berjaya menceburi kerjaya baharu ini.

Terima kasih terhadap semua maklum balas yang saya terima melalui hantaran mesej (DM)

Saya tak sangka ‘feedback’ yang diterima sangat positif kerana secara jujurnya saya mengambil masa untuk membuat keputusan ini.

Mungkin di atas doa dan sokongan ibu bapa dan sahabat-sahabat saya, saya tak sangka.

Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya menyokong kerjaya baharu yang cuba diceburi Sherry.

Komen netizen

Sumber: Instagram Sherry Ibrahim

SKIP THIS AD ×