
Penyanyi, Shiha Zikir berkongsi pengalaman menyeramkan ketika pulang dari kerja pada lewat malam, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Shiha Zikir Sanggup ‘Labur’ Ratusan Ribu Ringgit, Dedah Video Muzik ‘Tum Tum Raya’ Paling Termahal Pernah Buat
Artikel Berkaitan: Kakak Dedah Shiha Zikir Tak Suka Permainan Perempuan Waktu Zaman Kanak-Kanak – ‘Dia Sangat Kasar, Suka Panjat Pokok Manggis’
Bau wangi

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir mendedahkan itu adalah pengalaman pertamanya menghadapi perkara mistik seperti terhidu bau harum sepanjang dalam hidupnya.
Menurut Shiha, dia tidak boleh menjelaskan secara terperinci bagaimana bau haruman itu namun cukup untuk membuatkan dirinya berasa tidak selesa sepanjang perjalanan pulang ke rumah.
Semalam balik dari studio lebih kurang 12 tengah malam. Masuk highway yang tidak banyak kereta dan kawasan berbukit.
Pertama kali lalui pengalaman terhidu bau wangi dalam kereta. Kuat sangat bau bunga.
Menjelaskan lebih lanjut, Shiha berkata apabila terhidu bau tersebut, dia memeriksa keadaan sekeliling di dalam kenderaannya.
Bagaimanapun, tiada kelibat yang muncul dan Shiha bersyukur kerana dia tidak diganggu dengan lebih teruk.
Waktu terbau tu, terus tengok tempat duduk belakang. Alhamdulillah tidak nampak apa-apa, bau sahaja.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)

![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)