
Sebagai anak sulung, penyanyi Shila Amzah akui tidak sekuat yang disangka umum.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Syukur Terima Sambutan Luar Biasa Di China, Tak Ambil Pusing Soal Perbandingan Peminat Dua Negara – ‘Hanya Tempat Saja Berbeza’
Artikel Berkaitan: ‘Ubai Nampak Perubahan Emosi Saya Selepas Bersalin Czer, Syukur Dia Mainkan Peranan Dengan Baik’ – Shila Amzah
Anak sulung

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu dilihat mengajukan soalan berkenaan anak sulung.
Sebagai anak yang paling tua, apa yang anda semua harap orang lain faham?
Ciapan tersebut bagaimanapun meraih perhatian Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 35, yang memberi gambaran seolah banyak menyembunyikan perasaan.
Tambah pelantun lagu Memori Tercipta itu, anak sulung sering dipaksa oleh keadaan sehingga menuntut dirinya untuk sentiasa kelihatan kuat dan terurus dalam segala hal.
Anak sulung tidak lah begitu kuat secara mental, fizikal dan kewangan.
Tapi sering paksakan diri untuk kelihatan baik-baik saja.
Netizen bersetuju




Sekadar info, Shila Amzah merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik yang terdiri daripada Amir Syafiq, Amir Syahir, dan Syada Amzah.
Sumber: Threads @shahilaamzah








