berita

Shila Amzah Dah Jangka Tersingkir, Gembira Dapat ‘Bonding’ Dengan Syahir

November 27th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Penyanyi terkenal, Shila Amzah mendedahkan bahawa dia dan adiknya, Syahir sudah menjangka mereka akan tersingkir pada konsert separuh akhir Famili Duo 3 (FD3) pada malam Ahad.

Artikel Berkaitan: Penerbit Eksekutif Perjelas Sebab Hanya Tiga Duo Ke Final Famili Duo 3 – ‘Kami Pilih Berdasarkan Duo Yang Pernah Menang Juara Mingguan’

FD3 macam ‘roller coaster’

Ketika ditemui OhBulan!, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah berkata, dirinya dan Syahir mengambil masa selama tiga minggu untuk mendapatkan rentak mereka di dalam pertandingan FD3 yang diibaratkan sebagai ‘roller coaster’.

Kami dapat jangka kami akan tersingkir sebab pada kami program FD3 ni seperti ‘roller coaster’. Dia macam sekejap begini, sekejap begitu.

Pada minggu ketiga tu kami baru macam sedar  dan faham format program ini jadi kami tak anggap ianya sebagai satu pertandingan tetapi hanya anggap ianya sebagai satu platform untuk kami buat persembahan.

Bermula pada minggu keempat (minggu dangdut) tu, kami hanya mahu enjoy buat persembahan tanpe perlu memikirkan rating, markah dan komen asalkan kami dapat bonding sesama adik beradik dan tidak membuang masa di sini.

Shila berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas selesai konsert semi final FD3 yang diadakan di Studio NTV7 yang terletak di Glenmarie, Shah Alam pada malam Ahad.

Tambah Shila, pertandingan FD3 juga memberikan lagi peluang kepadanya dan Syahir untuk merapatkan lagi hubungan sebagai adik-beradik selepas berdepan dengan beberapa siri konflik keluarga sebelum ini.

Dalam masa yang begitu singkat, banyak perkara yang terjadi sebelum kami sertai FD3 iaitu melibatkan hal keluarga dan sebagainya.

Jadi, niat kami berdua memang nak bonding dan ia merupakan salah satu cara untuk menunjukkan yang kami juga boleh jadi normal walaupun perlu berdepan dengan hal-hal tersebut.

Kami juga macam perlu tunjukkan pada orang di luar sana yang kami ada untuk satu sama lain.

Pada minggu separuh akhir yang berlangsung pada FD3, Shila dan Syahir Amzah merupakan antara tiga pasangan duo yang tersingkir selain Tom dan Fuad Rahman serta Ryan dan Adam Bakery.

Sementara itu, tiga pasangan duo yang berjaya mara ke peringkat akhir program realiti FD3 pada Ahad depan adalah pasangan adik-beradik Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu), serta Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik).

Saingan peringkat akhir akan bersiaran secara langsung di TV3 pada Ahad depan bermula jam 9 malam dengan menawarkan hadiah utama bernilai RM100,000.

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa untuk mengundi pasangan kegemaran anda di atas talian melalui Tonton kerana markah anda akan menentukan 30% markah keseluruhan.

Lebih istimewa, penonton yang melanggan pakej TontonUP berpeluang untuk mengundi sebanyak 50 undian untuk duo kegemaran mereka! Gunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ untuk mendapatkan tawaran khas bagi tiga bulan pertama sempena FD3 dengan harga serendah RM20.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×