berita

Shila Amzah Doakan Nazim Othman Bahagia Disamping Gadis Hijab. Siapa Yang Dimaksudkan?

May 6th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

shila

Kisah percintaan pelakon kacak Nazim Othman dan Bella Dally bukanlah gosip baru dalam dunia hiburan tempatan. Malah, beberapa minggu lalu, timbul berita kononnya mereka telah berpisah.

Selepas itu, timbul pula cerita peminat menginginkan Nazim menjalinkan hubungan dengan Shila Amzah dek kerana video nyanyian Shila yang dikongsikan khas untuk jejaka itu.

Artikel Berkaitan:Putus Cinta Dengan Bella Daly, Nazim Othman Ditenangkan Shila Amzah

Bagaimanapun, semalam melalui laman sosial Instagram milik Shila, dia telah memuat naik sekeping fotonya bersama Nazim dan mendoakan jejaka itu bahagia bersama gadis hijab. Persoalannya, siapakah gadis hijab yang dimaksudkan itu?

Shila Nazim

Melalui beberapa komen di foto tersebut, ada peminat yang megandaikan gadis hijab tersebut adalah Shila Amzah sendiri dan ada juga yang mengandaikan ianya adalah Bella Dally.

Namun, dalam banyak-banyak komen, kami terpandang komen dari Nazim sendiri yang berterima kasih kepada Shila atas doanya selain menggelar Shila sebagai adik.

Malah, Nazim turut meluahkan rasa bangga kepada gadis ini diatas kejayaannya di China. Barulah kami faham, Nazim hanya menganggap Shila sebagai adik sahaja.

Nazim

Lagi pun, sebelum ini melalui sebuah portal hiburan, Bella pernah mengakui sendiri bahawa hubungannya dengan Nazim baik-baik sahaja.

Apapun, kami di OHBULAN! sentiasa mendoakan yang terbaik buat Shila, Nazim dan Bella.

 

SKIP THIS AD ×