Anak kepada usahawan Kak KM iaitu Nabila Razman memaklumkan sudah berhenti daripada menjalani latihan sebagai pramugari di Singapura.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditegur Berpakaian Seksi, Nabila Bengang Netizen Kaitkan Kak KM – ‘Tak Perlu Sebut Nama Mak Aku Lah Orang Tua’

Artikel Berkaitan: Tak Sanggup Berjauhan Dengan Anak, Kak KM Rancang Kerap Ke Singapura

Bella ‘resign’?

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Nabila atau lebih mesra disapa Bella, percaya bahawa ada hikmah di sebalik keputusannya untuk meletakan jawatan.

Mesti ada sebab mengapa tuhan pusing hati saya. Tiba-tiba sahaja nak letak jawatan.

Saya percaya semuanya ada hikmah.

Bagaimanapun, Bella tetap bersyukur kerana terpilih untuk menjadi salah seorang anak kapal bagi syarikat penerbangan antarabangsa.

Saya nak ke peringkat itu bukan senang terutama ketika temu duga. Tapi Alhamdulillah saya cuba kali pertama sahaja dan terus dapat.

Dalam ribuan orang yang mohon, saya antara orang yang dapat.

Pulang ke Malaysia

@serilarissaa

Punca Bella anak kak km potong rambut pendek

♬ bunyi asal – Seri Larissa – Seri Larissa

Bercerita lanjut, cucu kepada pelakon Normah Damanhuri itu bagaimanapun, yakin dengan rezeki Allah SWT selain merasakan dirinya tidak sesuai dengan pekerjaan tersebut.

Saya rasa tak boleh, pekerjaan itu bukan untuk saya.

Saya pun tak gembira, mama pun menangis dekat rumah.

Sudah tertulis, rezeki saya bukan dekat sana. Kerja dekat sana okay sahaja, cuma saya yang tak boleh.

Terdahulu, Kak KM memaklumkan dia akan kerap ulang alik ke Singapura selepas anak sulungnya itu memulakan tugas sebagai pramugari.

Difahamkan Bella perlu menjalani latihan selama empat bulan sebelum bertugas sebagai pramugari di syarikat penerbangan tersebut.

Sumber: TikTok