berita

‘Shila Amzah Masterclass’ Rancangan Realiti Muzik Bahasa Mandarin Pertama Di Malaysia!

November 24th, 2021 | by Iman
Shout Out!

Saluran TV berbahasa Cina Nombor 1 Malaysia, 8TV, akan menyiarkan sebuah rancangan realiti muzik dalam bahasa Mandarin iaitu ‘Shila Amzah Masterclass’ yang bakal disiarkan bermula 27 November ini, pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam.

Rancangan realiti ini diterbitkan oleh Infinitus Media Sdn Bhd dan YAYGO Entertainment Sdn Bhd di mana Shila Amzah sendiri yang akan mengetuainya bersama-sama barisan tenaga pengajar terkenal dan turut berpengalaman di Malaysia seperti Jaclyn Victor, Kaka Azraff, Naim Daniel, Nicholas Teoh, Nikki Palikat, Priscilla Abby dan juga Elvira Arul.

Rancangan realiti muzik bahasa Mandarin pertama di Malaysia

Shila Amzah selaku pengetua telah memilih lima protege yang layak daripada 300 pemohon di mana mereka telah diuji bakat terlebih dahulu bagi meneruskan perjuangan mereka ke pentas ‘Shila Amzah Masterclass’. Lebih menarik lagi, mereka telah melalui latihan masterclass ‘Boot Camp’ yang intensif selama 10 hari, di mana kemahiran teknikal dan ketahanan psikologi mereka akan diuji.

Penonton berpeluang menyaksikan kisah benar dan realiti yang berlaku sepanjang rancangan realiti ini berlangsung kerana Shila Amzah turut akan sentiasa berinteraksi bersama-sama lima protege tersebut termasuklah ketika sedang membimbing dan juga menegur jika ada kesalahan.

Memupuk nilai-nilai murni

Persembahan mereka pasti akan mencuit hati para penonton kerana mereka perlu menggunakan kepakaran masing-masing menerusi nyanyian dan juga persembahan mereka perlu menyentuh gaya muzik dan budaya yang berbeza.

Gabungan elemen muzik dan budaya unik di Malaysia yang ditonjolkan di dalam rancangan realiti ini secara tidak langsung akan memupuk nilai-nilai murni iaitu berkerjasama, hormat dan harmoni.

Tidak ketinggalan juga di penghujung persembahan, Shila Amzah akan mengumumkan pemenang pilihannya yang layak dan sekali gus berpeluang merakam duet dengan Shila Amzah. Jangan lupa saksikan ‘Shila Amzah Masterclass’ bermula 27 November, setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di 8TV.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×