berita

[VIDEO] ‘Teranglah Hati Mu’ – Shila Amzah Teruja Seth Minat Belajar Bahasa Mandarin

May 2nd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Penyanyi Shila Amzah yang memiliki ramai peminat dari negara China itu meluahkan rasa keterujaannya apabila Seth mempelajari bahasa baru.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Mahu Ibu Bapa Gembira Tidak Kira Masih Bersama Atau Tidak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Akhirnya Sha Setuju. Terima Kasih Buat Semua Yang Mendoakan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berpegangan Tangan Depan Umum, Netizen Persoal Status Hubungan Shila Amzah & Ubai

Baca mandarin

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah memuat naik video Seth yang mula menunjukkan minatnya dalam mempelajari bahasa Mandarin.

Tambah Shila, Seth dilihat sudah mula pandai membaca bahasa tersebut kerana sering dibacakan buku olehnya.

Saya di rumah semalam dan tiba-tiba Seth datang dengan buku ini (buku bahasa Mandarin). Sha memang saja beli buku bahasa Mandarin, mana tahu dia terbuka hati, dan semalam adalah harinya.

Yang menyeronokkan, dia dah boleh baca sebab Sha memang selalu bacakan dia buku.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ itu berharap agar anaknya, Seth diterangkan hati agar mempelajari lebih banyak bahasa.

Fasihnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen suka mendengar Shila bertutur dalam bahasa tersebut kerana dikatakan sangat fasih seperti orang kelahiran dari China.

Sumber: Instagram @shahilaamzah

SKIP THIS AD ×