Penyanyi, Shila Amzah meminta orang ramai untuk berhenti mengaitkan nama pelakon, Nabila Huda susulan kontrovervi melibatkannya dengan lagenda rock terkenal, Amy Search.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Ella Atau Awie Tetapi Bapa Nabila Huda’ – Shila Amzah

Artikel Berkaitan: Nabila Huda Pertahan Amy Search, Tempelak Betin* Cetus Pergaduhan – ‘Dia Kena Caci Dengan Tahi Kau Buat’

Henti kaitkan Nabila Huda

Menerusi Instagram Story (IGs), Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah sebaliknya mendakwa, ada individu yang menjadi dalang dan punca sehingga mencetuskan kontroversi sesama mereka.

Saya sudah beri penjelasan bagi pihak sendiri dan tolong jangan kaitkan Abil (Nabila Huda) dengan perkara ini.

Satu lagi, cari tahu benda dan tangan ghaib yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Sementara itu, Shila memaklumkan bahawa dia tidak menyangka insiden itu akan berlaku dan menyifatkan Amy Search yang dikenalinya bukanlah begitu.

Sepanjang saya kenali nama beliau dalam industri 17 tahun lalu, beliau langsung tidak begini.

Saya minta maaf kerana (perbuatan) tidak menyebut namanya secara terangan di hadapan kamera malam tadi (Ahad) menjadikan ia lebih teruk.

Pada Ahad, Shila mengesahkan individu yang didakwa menyerangnya ketika sesi latihan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka, pada Khamis.

Susulan itu, Shila membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga dipercayai menjadi punca Shila diserang penyanyi legenda lelaki tersebut. 

Sementara itu, Nabila tampil memuat naik hantaran mempertahankan bapanya dan dalam masa yang sama meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang individu yang didakwanya menjadi punca kepada kemelut yang berlaku.

Posting Shila Amzah

Sumber: IGs Shila Amzah