Penyanyi, Shila Amzah menasihatkan orang ramai agar berhenti bersikap negatif terhadap adiknya yang juga penyanyi, Syada Amzah.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Raikan 25 Tahun Perjalanan Seni, Hadiahkan Konsert Istimewa Untuk Peminat

Henti komen negatif

Mengajak masyarakat bersikap lebih matang, Shila atau nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 35, meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang sering memperlekeh adiknya.

Tolong berhenti daripada bersikap tidak baik terhadap adik saya dan teruskan hidup masing-masing. Kita semua sudah dewasa, jadi biarlah kita belajar untuk jadi lebih matang.

Shila berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di platform Threads.

Meskipun tidak memperincikan isu yang dimaksudkan, ibu dua anak itu berpendapat dunia hari ini sudah terlalu sarat dengan unsur negatif.

Menurut Shila, lebih baik masyarakat menumpukan perhatian kepada perkara yang membawa manfaat serta membina kehidupan.

Dunia ini pun sudah penuh dengan perkara negatif, jadi lebih baik kita fokus pada usaha membina kehidupan dan menjadi insan yang lebih baik. Insya-Allah, semoga perkara baik sentiasa menanti kita di alam sana.

Dalam pada itu, pelantun lagu HidayahMu mengakui dirinya kurang gemar membaca komen berunsur negatif di media sosial.

Peminat yang benar-benar kenal saya tahu saya suka bercakap terus terang tentang hal ini. Bukan apa, saya malas nak baca benda negatif walaupun bukan fasal diri sendiri.

Sumber: Threads