berita

Short Trip 3 Hari 2 Malam Ke Batam Indonesia Dengan Bajet Hanya RM600 Seorang

June 20th, 2019 | by Arini Saleh
Travelogue

Untuk korang yang mahukan percutian santai dan unik, apa kata korang ke Batam Indonesia. Terletak 25km dari Johor, Batam menawarkan pelbagai keindahan semulajadi yang cantik. Yang penting makanan laut yang enak!

Seperti perkongsian Norulhuda Baharudin ini, dia dan keluarga ke Batam selama 3 hari 2 malam dengan bajet RM600 seorang. Bajet tersebut termasuk pengangkutan, penginapan, makanan dan beli belah. Apa yang best? Jom tengok!

RM600 per pax (all in)

Assalamualaikum, just simple itinerary short trip ke Batam, Bintan Island dari Kuala Lumpur

Trip ni adalah bersama family, dan membawa ibu bersama adik-adik.

Total budget per pax adalah lebih kurang Rm600, all in termasuk flight, ferry, hotel, transport, makanan dan juga shopping sikit-sikit.

Gambar lain kat instagram : Nurulfzz1

Penerbangan KL-JB, ferry ke Batam

Day 1 – Sabtu – 15 June 2019

Rumah – KLIA 2 by grab : RM65
Flight KL – JB
Dari Senai airport ke Jeti Stulang Laut / harbour bay by grab : RM33 (30 minit)

Tiket ferry Stulang Laut ke Batam Centre : RM131 (Return)– tiket ferry beli return, lebih murah. Kalau one way mahal sikit , then masa balik kena bayar port tax – 100k rupiah (lebih kurang rm30). Perjalanan ferry ambil masa 2 jam setengah.

Dah sampai Batam Centre, ambil teksi/ grab ke hotel. Jarak ke hotel dalam 10 minit.

Beli simkad Telkomsel 6GB – 60k rupiah share 2 orang. Lebih dari cukup hee

Hotel RM60 semalam (bilik 2 orang)

Check In hotel OYO 676 Nasa Hotel. Booking hotel ni dekat agoda. Semalam RM60 untuk bilik 2 orang.

Hari ni sewa supir untuk setengah hari : 250k rupiah

Welcome to Batam Monument – Kat sini malam-malam meriah gak. Ada jual street food. Sebelah tu ada Masjid Raya Batam Centre. Pastu pergi Nagoya Hill Mall. Mall ni ada jual souvenir, baju, beg. Beg longchamp ada jual kat sini. Sempat la grab satu =).

Day trip Bintan Island

Day 2 – Ahad – 16 June 2019

Day trip Bintan Island

Breakfast dekat hotel. Lepas tu supir, Pak Anton bawa ke Telaga Punggur. Nak ke Pulau Bintan ada dua pelabuhan, sama ada beli tiket turun di Tg Uban ataupun Tg Pinang. Kalau trip ke area Lagoi just beli tiket ke Tg Uban.

Dari telaga punggur akan naik speed boat ke Tg Uban. Tiket speedboat 53k rupiah pergi, dan 47k rupiah time balik. So total 100k rupiah. Perjalanan ambil masa dalam 15-20 minit ke Tg uban. Sampai di Tg Uban, supir kat sana dah tunggu. Dekat sana, takde grab. So kena la sewa supir. Aku ambil setengah hari je sebab petang tu nak pusing batam lagi sebab semalam tak habis pusing.

Kereta yang aku sewa adalah kereta avanza, supir Pak Siben, recommended sebab friendly, ensem lak tu haha. Sambil jalan dia dok bercerita sejarah Pulau Bintan ni. Supir aku cakap dia pernah bawa Dato K, suami Dato Ct pergi main golf.

Tempat lain yang dikunjungi

Antara tempat yang aku sempat pergi:
Lagoi Bay
Gurun Pasir
Danau Biru
Patung Orang Utan

Semua tempat yang aku pergi ni free je. Parking semua dah termasuk dalam charge supir tu.

Tempat tu cuaca panas, aku galakkan korang pakai sunblock siap2. Habis pusing tu, Pak Siben bawa ke food court makan nasi padang. Sedapp

Pastu dia hantar kiteorang balik ke jetty. Naik speedboat ke telaga punggur. Sampai sana Pak anton dah tunggu.

Terus ke tebing langit. Tebing langit ni tempat berfoto.. ada karpet terbang ala-ala dekat Jogjakarta dan bandung. Sememangnya aku suka pergi tempat2 macamni =D

Next destination, Barelang bridge. Bridge ala2 kat putrajaya. Tu kira trademark Batam, wajib pergi. Kat situ boleh ambil gambar terus siap print saiz besar. 1 gambar 20k rupiah.

Next, pergi makan seafood sambil tengok sunset. Bestt. Ikan kita boleh pilih sendiri , lepastu dia tangkap then masak.

Habis makan, pergi DC Mall. Kat sini ada jual baju, jilbab, kain pelekat. Tapi aku tak beli apa2 pun kat sini sebab aku lagi prefer Nagoya hill mall. Aku pun minta Pak anton hantar kami ke situ semula. Sambil jalan2 beli KFC hehe

Hari terakhir

Day 3 – Isnin – 17 June 2019

Check out hotel.
Naik ferry dari Batam Centre ke Stulang Laut. Then dari stulang laut, naik grab ke Senai Airport. Flight JB – KL. End trip

Grab rumah – KLIA2 & KLIA2 – rumah = RM130
Grab Senai Airport – jetty stulang laut & jetty stulang laut – airport = RM66
Ferry Return = RM131 per pax
Hotel = RM60 per night
Kereta termasuk supir = RM150 sehari
Tiket masuk tebing langit = RM3
Speedboat ke Tg Uban = RM30(return)

Aku tukar Rm1700 haritu, balik still ada balance RM500 lagi. Then kalau korang tak nak naik ferry, korang boleh je naik flight terus KL – Batam . Malindo Airways, seminggu ada 3 kali flight. Aku pun mungkin kalau datang untuk kali kedua akan naik flight direct je kot.

Banyak tempat menarik di Batam

Selain Pulau bintan, ada jugak island lain untuk diexplore. Contoh Pulau Ranoh. Cantik pulau tu kalau tengok gambar. Dan boleh bermalam di situ jugak

Ramai Singaporean yang datang ke Batam kerana dekat, naik ferry je untuk shopping dan makan seafood.

Kalau nak pergi boleh contact supir ni, diorang guna Avanza. Kata pak james, ada van dan bas jugak.

James : +628126171744
Anton : +6285355458922
Siben(supir di bintan) : +6281277200181

Beg longchamp murah. Kualiti bagus.

Batam ni macam langkawi. Tak crowded sangat macam kat bandung. Makanan dia sedap. Kalau korang nak short trip, boleh cuba ke batam.

Sumber : Norulhuda Baharudin

The following two tabs change content below.